Joe Gomez Kena Boo Penyokong Sendiri

Pemain pertahanan tengah Liverpool, Joe Gomez telah diboo oleh penyokong sendiri ketika masuk menggantikan Mason Mount dalam aksi England menentang Montenegro.

Ianya dipercayai kerana insiden bercakaran dengan Raheem Sterling di pusat latihan sebelum ini.

Gomez telah bergaduh dengan Raheem Sterling. Di mana pengurus England mengambil keputusan menggugurkan nama Raheem Sterling daripada tugasan kelayakan Euro menentang Montenegro.

England menang 7-0 dalam aksi tersebut. Di mana Harry Kane menjaringkan hatrik dalam pembelasahan ke atas Montenegro.

Tetapi satu babak yang kurang enak apabila pemain England, Joe Gomez diboo oleh penyokong sendiri. Ramai yang tidak berpuas hati dengan Joe Gomez yang disertakan di dalam pasukan, tetapi tidak Raheem Sterling.

Sterling telah menjadi penyerang penting untuk England pada musim ini, begitu juga dengan Manchester City.

Ada yang gembira berkongsi detik ketika Joe Gomez kena boo.

Gareth Southgate sangat kecewa dengan perkara itu dan menyatakan bahawa, Joe Gomez tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kenapa beliau kena boo?

Southgate berkata: “Saya sangat sedih untuk Joe. Joe tidak buat apa-apa kesalahan. Tiada seorang pun pemain England patut kena boo oleh penyokong sendiri apabila mereka memakai jersi ini.”

“Semua pemain kami hari ini kecewa dengan keadaan itu.”

Bintang Manchester City, Raheem Sterling kemudian menggunakan twitternya untuk bertanggungjawab di atas apa yang menimpa Joe Gomez.

Sterling ketika Gomez dimasukkan telah bertepuk tangan memberikan sokongan kepada pemain itu. Sterling sebelum ini sudah menyatakan bahawa beliau dan Gomez sudah berbincang akan perkara itu dan kedua-dua mereka sudah ‘move on’.

Sterling mengkritik tindakan penyokong England yang mengejek pemain sendiri.

Sterling berkata menerusi Twitter beliau: “Kepada semua penyokong England, saya nak akhiri benda ni sebelum ni, namun malam ni saya kena bercakap balik tentangnya.”

“Ianya sangat pedih melihat rakan sepasukan saya kena boo di atas kesalahan yang saya lakukan. Joe tidak berbuat apa-apa yang salah pun. Sukar saya melihat beliau melaluinya untuk seorang yang sentiasa merendah diri dan bekerja keras, terutama sekali selepas minggu yang sukar.”

“Untuk beliau diboo ketika masuk, adalah sangat tidak betul. Saya bertanggungjawab penuh di atas semua ini dan menerima hukuman di atas perbuatan saya.”

“Saya menyatakan perkara ini dengan sangat sukar, dan saya berharap semua orang akan selamat tiba di rumah.”

England sudah mengesahkan tempat mereka ke Euro 2020. Gareth Southgate selepas ini dalam proses memilih pasukan utama. Pastinya beliau tidak mahu konflik seperti ini berulang lagi dalam pasukan England.

Perlawanan seterusnya, The Three Lions akan berhadapan dengan pasukan Kosovo pada Isnin akan datang, untuk satu lagi aksi kelayakan. Raheem Sterling dijangka akan kembali memperkuatkan pasukan England.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.