Joao Felix Jaring Gol Antarabangsa Pertama Untuk Portugal Dari Posisi False 9

Joao Felix menjaringkan gol pertama antarabangsanya untuk Portugal buat kali pertama apabila membantu Portugal menewaskan Croatia 4-1 di pertandingan UEFA Nations League.

Penyerang Atletico Madrid itu menewaskan Dominik Livakovic dengan satu rembatan deras dari luar kotak penalti untuk gol senior antarabangsa pertama dan dalam penampilan keenam.

“Sudah lama saya menunggu gol ini, sejak beberapa perlawanan lalu,” kata Joao Felix kepada media Portugal selepas perlawanan.

“Sebelum ini bola asyik terkena palang atau disebabkan penjaga gol beraksi dengan hebat menafikannya.

“Kali ini, ia masuk dan saya amat gembira dengan gol pertama saya.”

Tanpa kehadiran Cristiano Ronaldo yang terpaksa disisihkan akibat demam selepas disengat lebah, pemain berusia 20 tahun ini cemerlang dengan peranan False 9 – digandingkan dengan Diogo Jota dan Bernardo Silva dalam aksi yang berlangsung di Estadio Dragao.

Ketiga-tiga mereka menjaringkan gol dalam perlawanan ini, yang menyaksikan kemenangan selesa ke atas Croatia.

“Kami bermain dengan baik menentang naib juara Piala Dunia, dan 4-1 adalah keputusan yang sangat baik,” tambah Joao Felix lagi.

“Ia tidak mudah, tetapi kami berjaya menghasilkan banyak peluang.

“Ia adalah tiga mata penting kerana ianya bagus untuk memulakan saingan dengan kemenangan.

“Ramai pemain yang ada tiba dari percutian mereka, tetapi pasukan ini masih amat bagus.

“Kami mempunyai sebuah pasukan yang amat teguh bersama, dan ia banyak membantu.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.