Manchester United dilaporkan sedang merancang untuk memberikan kontrak baru kepada Jesse Lingard dengan mengikut perjanjian sedia ada ditambah perjanjian selama setahun.
Berita gembira untuk semua peminat setan merah di seluruh dunia! Terdapat laporan dari The Sun bahawa bintang handalan United, Jesse Lingard yang kini berusia 27 tahun akan dilanjutkan kontraknya.
Menurut sumber laporan tersebut, kontrak Lingard bersama kelab akan berakhir pada musim panas akan datang, sementara masa depan beliau di bawah kendalian Ole sekarang samar-samar, United berminat menawarkan kontrak baru kepadanya.
Should #MUFC keep Jesse Lingard this summer?https://t.co/vAo3xM5lZY
— talkSPORT (@talkSPORT) September 22, 2020
Hal ini kerana, kelab tidak mahu nilainya jatuh merudum hanya gara-gara status kontraknya. Kelab tidak mahu melepaskan beliau secara percuma selepas kontraknya tamat.
Lingard sebelum ini telah diketepikan dalam perlawanan menentang Crystal Palace dan setan merah tewas dalam perlawanan tersebut.
Namun walau beliau diketepikan, Lingard tetap berjaya untuk menarik minat pasukan seperti Tottenham Hotspur dan Everton untuk mendapatkan khidmatnya.
Terdapat laporan yang menyatakan bahawa United telah meletakkan tanda harga sekitar £25 juta hingga £35 juta untuk pemain kebangsaan England itu sekiranya beliau meninggalkan kelab sebelum jendela perpindahan musim panas ini ditutup.
Sekiranya beliau tidak pergi ke mana-mana, United akan menambah setahun lagi kontrak untuknya supaya tiada kelab yang boleh mendapatkan beliau secara percuma pada tahun 2021.
A simple fact:
Jesse Lingard has a bigger legacy at Manchester United than Paul Pogba. pic.twitter.com/WaYI2e4hVv
— TAA | tina (@lfctina) September 22, 2020
Lingard sendiri difahamkan tidak mahu meninggalkan Old Trafford setelah hampir 20 tahun beliau berbakti kelab kesayangannya itu.
Lingard mula menyertai Manchester United sejak berusia tujuh tahun dan kerana tempoh yang terlalu lama di sana beliau sukar untuk meninggalkan kelab kesayangannya itu.
Namun kini beliau menjadi pemain yang dilaporkan bakal dijual oleh United selepas melihat dirinya diketepikan dalam perlawanan pembukaan liga untuk setan merah.
Jadi Lingard dilaporkan akan menerima tawaran terbaru bernilai £100,000 seminggu selama setahun untuk kebaikkan kedua-dua pihak.
Setahun kontrak yang diberikan oleh kelab kepadanya membolehkan kelab untuk mencari pembeli yang boleh menawarkan harga terbaik untuk pemain midfield itu.
Jesse Lingard could be heading for a Jose Mourinho reunion. 👀https://t.co/Ti8rQ2WnCS
— SPORTbible (@sportbible) September 20, 2020
Setahun diberi itu juga sebenarnya membolehkan Lingard untuk membuktikan bahawa beliau layak untuk terus kekal di United dan membuktikan bahawa dakwaan yang menyatakan beliau jelmaan Cristiano Ronaldo adalah benar.
Lingard pernah dilabelkan sebagai Cristiano Ronaldo England selepas mempamerkan aksi hebat ketika kemenangan skuad Kebangsaannya menewaskan Panama 6-1 dalam saingan Piala Dunia.
Lingard is loath to leave the club he joined at the age of seven, but he wants regular first-team football, reports @hirstclass #MUFC https://t.co/4mQTovc9Ek
— Times Sport (@TimesSport) September 22, 2020
Kemana sahaja kelab yang beliau tujui selepas ini, Lingard pastinya berharap agar beliau berjaya untuk mendapatkan kembali rentak terbaiknya.
Akhir sekali, sekiranya beliau ditawarkan kontrak setahun lagi bersama United, Lingard pastinya akan membuktikan kemampuannya dan membuat Ole kagum dengan kehebatannya.