Pengurusan tertinggi bola sepak Jerman, DFB menyatakan keyakinan mereka untuk mendapatkan khidmat pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.
Klopp sudah lama berada dalam senarai untuk menjadi pengganti Joachim Low. Namun buat masa ini Jerman masih meletakkan kepercayaan mereka ke atas pengendali yang dikenali dengan ciuman tangan ajaib itu.
Kejayaan Klopp membina pasukan yang mantap di Liverpool serta personaliti beliau yang sangat disenangi pemain membuatkan Klopp dilihat calon paling ideal.
Klopp ganti Low
Idea taktikal dan prinsip permainan beliau dianggap paling secocok dengan Jerman pada ketika ini.
Joachim Low masih belum mendapat sebarang kontrak baharu. Tugasan seterusnya untuk Low adalah Euro 2020 yang akan dilangsungkan pada 2021.
Dan tugas terakhir beliau dijangka pada temasya Piala Dunia 2022. Namun situasi di Jerman ketika ini, Low dilihat agak sukar untuk mengawal bilik persalinan pasukan kebangsaan.
The German national team have lined up Jurgen Klopp as the ideal successor to Joachim Low and Klopp is interested in taking over the position in the future.
Low’s contract expires in 2022, two years before Klopp’s expires at Anfield. [Daily Mail]https://t.co/WvmuYXRP3y
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) April 1, 2020
Beliau mendapat tekanan daripada ramai pihak terutama sekali pengurusan tertinggi Bayern Munich selepas memutuskan untuk menggugurkan 3 pemain senior Jerman iaitu, Thomas Muller, Jerome Boateng dan Mats Hummels.
Klopp baru sahaja melanjutkan kontrak beliau dengan Liverpool pada Disember untuk terus kekal di Anfield sehingga 2024.
Jurgen Klopp is reportedly being eyed as the successor to German national coach Joachim Low whose contract ends in 2022. Should Klopp stay at Liverpool or go back to Germany? #365Scores #Klopp #DieMannschaft #Germany pic.twitter.com/didQw5Gb7n
— 365Scores (@365Scores) April 2, 2020
Walaupun DFB sedar akan perkara itu, namun mereka tetap yakin Klopp akan tertarik dengan tawaran mereka dan mengisi jawatan yang menjadi impian ramai pengurus terutama sekali dari Jerman.
Low perlu buktikan sesuatu
Kontrak semasa Joachim Low akan berakhir pada 2022. Tetapi jika Low meninggalkan Jerman lebih awal, Jurgen Klopp akan menjadi jurulatih pertama yang akan dihubungi oleh DFB.
Berita ini pastinya kurang menyenangkan untuk didengari penyokong Liverpool yang sangat menyayangi Jurgen Klopp.
Joachim Low pastinya perlu membuktikan sesuatu untuk memastikan beliau masih menjadi pengendali Jerman pada Piala Dunia 2022 nanti.
Jurgen Klopp merupakan pengurus yang sangat hebat. Beliau telah membantu transisi di Anfield untuk menjadikan pasukan tersebut kembali digeruni dan menjadi juara Eropah serta Juara Dunia.
Malah ada yang menyamakan Klopp ibarat Wenger dan Ferguson yang membina legasi mereka sendiri bersama dengan kelab mereka, Arsenal dan Man United.
Low sebelum ini mendapat tekanan apabila mencatatkan keputusan buruk dalam Piala Dunia 2018. Seterusnya mereka gagal dalam Piala Negara Eropah edisi sulung.
🔴➡️🇩🇪 Report: Germany line up Liverpool boss Jurgen Klopp to replace Joachim Low | #LFC #DieMannschaft https://t.co/TW0VRPtPwF pic.twitter.com/7pGR61sbeb
— NBC Sports Soccer (@NBCSportsSoccer) April 2, 2020
Mujur Joachim Low masih mendapat sokongan majoriti daripada lembaga pengarah DFB.
Tetapi sokongan itu tetap berkurangan daripada sebelum ini.
Low adalah pengurus yang membantu Jerman menjadi juara Dunia sekali lagi. Itu adalah pencapaian gemilang Jerman di bawah kendalian beliau.
Adakah Klopp akan tinggalkan Liverpool?
Sebenarnya, ini bukan pertama kali Jerman menyenaraikan Klopp sebagai pengganti kepada Joachim Low. Namun beliau menolaknya kerana merasakan Joachim Low masih orang yang tepat.
Klopp pernah berkata, buat apa mencari pengganti apabila anda sudah memiliki pengurus berkelas dunia?
Namun situasinya mungkin berbeza jika DFB tiba tiba memecat Joachim Low.