Legenda Ajax dan AC Milan iaitu Marco Van Basten pelik dengan ada pihak yang menyatakan Cristiano Ronaldo lebih bagus daripada Lionel Messi.
Van Basten menganggap perdebatan, siapa lagi bagus antara Messi dan Ronaldo sebagai tak relevan. Kerana terang terang Lionel Messi lebih baik.
Van Basten tidak menafikan kehebatan Ronaldo. Dan beliau sangat kagum dengan kehebatan pemain Portugal itu. Cuma beliau tidak rasa, Ronaldo harus dibandingkan dengan Lionel Messi
Perdebatan siapa lagi bagus di antara Messi dan Ronaldo sudah lama wujud. Ini kerana mereka berdua merupakan pemain terbaik pada generai mereka.
Legenda Belanda, Marco Van Basten berharap selepas ini tiada lagi pihak yang buang masa memperdebatkan perkara yang sudah terang terang ada jawapannya.
Selain daripada buta ilmu bola sepak, Van Basten juga menuduh mereka yang menganggap Ronaldo lagi bagus daripada Lionel Messi sebagai orang yang tidak dapat menerima kenyataan.
Van Basten berkata: “Cristiano Ronaldo merupakan pemain yang hebat, namun kepada mereka yang klaim dia lagi bagus daripada Messi, mereka ni tak tahu langsung pasal bola sepak.”
“Ataupun mereka menyatakannya kerana tidak dapat menerima fakta.”
Menurut beliau lagi, pemain seperti Lionel Messi sangat unik. Dan agak sukar ataupun mustahil sama sekali untuk melahirkan bintang seperti itu lagi selepas ini.
Malah pemain seperti Messi hanya akan wujud hanya sekali di dalam setengah abad atauapun seabad.
“Messi pemain yang unik, sukar untuk ditiru dan tidak akan ada gantinya. Pemain macam Messi hanya akan wujud dalam setiap 50 tahun ataupun 100 tahun sekali.”
🗣 — Marco van Basten (ex-Milan): "Ronaldo is a great player. But those who claim that he is stronger than Messi don't understand football. Messi is unique, inimitable and unrepeatable. As a child, he fell into the pot of the football genius." [corriere della sera] pic.twitter.com/DNIGghC6xo
— Barça Universal (@BarcaUniversal) February 28, 2020
“Beliau membangung daripad budak kecil kepada pemain bola sepak yang genius.”
Lionel Messi kini memiliki 6 Ballon d’Or, manakala Cristiano Ronaldo pula memiliki 5 Ballon d’Or.
Kedua dua mereka telah memiliki banyak sekali kejuaraan dengan pasukan mereka wakili.
Selain itu, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi terus meledak gol yang banyak di dalam karier mereka.
Seakan-akan tidak ada titik penamat untuk kedua dua pemain.
Van Basten juga kagum dengan kemampuan kedua dua pemain tersebut bermain di peringkat tertinggi walaupun sudah melebihi usia 30 tahun.
Messi dan Ronaldo kini dalam misi untuk membantu pasukan mereka mempertahankan kejuaraan liga di liga masing masing.
Messi dan Ronaldo turut masih berusaha untuk membantu pasukan mereka menamatkan penantian kejuaraan Liga Juara Juara Eropah.
Dalam perlawanan pertama round of 16, Barcelona seri dengan Napoli 1-1.
Juventus pula tewas mengejut di tangan pasukan dari Perancis iaitu Lyon.
Namun perjuangan mereka masih belum berakhir. Kedua dua pasukan akan bermain di tempat sendiri dalam perlawanan timbal balik.
Itulah peluang untuk mereka mengatasi lawan mereka dan mara ke pusingan suku akhir.