Jelitawan Trek, Tanalaksiumy Akan Turun Beraksi Hari Ini!

Kecantikan itu subjektif. Tetapi untuk gadis yang bernama Tanalaksiumy Mahenthiran Rayer ataupun Tana, beliau adalah si cantik yang bukan biasa-biasa.

Atlet berusia 22 tahun ini adalah bekas finalis Ratu Universe Malaysia pada 2017. Dalam final tersebut, Tanalaksiumy hanya berjaya menjadi 10 teratas.

Foto – FB Tanalaksiumy.MR

Selain daripada finalis ratu cantik, dan atlet Malaysia, Tana juga merupakan pelajar jurusan akauntan.

Beliau seorang yang ceria dan suka melayan karenah peminat beliau. Selain daripada bersukan, Tana juga seorang yang mencintai dunia seni.

Pada temasya Sukan SEA kali ini, nama Tana tiba-tiba melonjak naik kerana ramai yang kagum dengan seorang gadis jelita yang akan menjadi wirawati membawa bendera negara di belakang beliau.

Foto – FB Tanalaksiumy.MR

Beliau adalah pelari kuartet 4X400 negara kita dan bakal memulakan aksi pada hari ini 22 Ogos.

Foto – FB Tanalaksiumy.MR

Beliau suka menyanyi, berlakon dan melakukan stand-up comedy. Nampaknya, ada peluanglah Tana menjadi artis pula selepas ini.

Selamat berjaya kepada Tanalaksiumy dan rakan-rakan beliau!

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.