JDT Serasi, Terus Mara & Konsisten

Perlawanan Johor vs Sarawak amatlah penting bagi kedua-dua pasukan itu tersendiri. Masing-masing mahukan kemenangan pada game. Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) ingin melebarkan jurang mata dari kedudukan mereka di tangga teratas iaitu 11 mata dari pasukan di bawah JDT. Manakala Sarawak pula ingin memberi segala kudrat mereka untuk mendapatkan mata walau apa cara sekali pun untuk pasukan mereka tidak berada di kelompok terbawah. Dengan ketiadaan jurulatih David Usop yang diistiharkan oleh beliau untuk direhatkan dari barisan kejurulatihan Sarawak, ini membuatkan pengendali sementara Pengiran Bala mempunyai tugas yang amat berat untuk memberikan taktikal kepada pasukan Sarawak untuk mengalahkan JDT dan motivasi kepada pemainnya.

JDT menurunkan kesebelasan utama mereka dengan membuat sedikit rombakan di barisan tengah pasukan iaitu memasukkan Afiq Fazail dengan menggantikan Amirul Hadi Zainal di bahagian role no.6. Dengan kemasukan Afiq Fazail jelas mahukan kekentalan di bahagian midfield pertahanan tengah yang sebelum diisi oleh Amirul Hadi Zainal yang kini berada dalam senarai pergantungan. Di bahagian pertahanan kiri pula diisi oleh pemain muda JDT iaitu Mohd Hasbullah Abu Bakar untuk menggantikan tempat Fazly Mazlan yang juga digantung perlawanan.

Pasukan Sarawak pula menurunkan formasi 4-2-3-1 di mana Milos Raickovic mengemudi di bahagian tengah, Ronny Harun sebagai kapten dan mengawal barisan pertahanan Sarawak dan Mateo Roskam menjadi penyerang tunggal untuk pasukan Sarawak.

Analisis Taktikal Separuh Masa Pertama

JDT menguasai ball possession dan merangka serangan yang bertali arus kepada pasukan Sarawak. JDT melakukan formasi 3-3-4 atau 3-4-3 ketika menyerang untuk memadatkan ruang dan memenuhkan option untuk menyerang di final third, JDT juga menurunkan taktik attacking fullback untuk overlap bagi membantu serangan JDT di bahagian flanker. Cabrera dan Guerra diletakkan di bahagian halfspace bagi mereka untuk melakukan gerakan serangan dari halfspace ke tengah atau option kepada rakan-rakan mereka untuk build up attacking mereka. Manakala di bahagian tengah JDT, Natxo dan Safiq menggunakan role dan sistem double 8 pada rangkaian serangan JDT. Kerjasama dan chemistry antara pemain-pemain midfield JDT dapat memberi depth dan build up play serangan mereka.

Sarawak pada ketika itu bersifat defensive minded bagi mengelakkan pasukan mereka dibolosi. Pasukan Sarawak membuat high pressing kepada pasukan JDT tetapi tidak berkesan. Mereka menggunakan taktikal long ball yang ditumpukan di wide area. Apabila Sarawak ingin melakukan gerakan dan merangka serangan, pemain Sarawak tidak banyak memberi sokongan.

Pada minit ke-2 larian dari Gonzalo Cabrera dari halfspace melepasi pemain lawan dan memberi hantaran kepada Mohamad Ghaddar tetapi beliau melepaskan rembatan melewati palang gol. Asakan JDT tidak berhenti bergitu sahaja, mereka merangka serangan dan akhirnya pasukan JDT dapat mencetak gol menerusi Mohamad Ghaddar dan assist daripada Gonzalo Cabrera.

Foto : JOHOR Southern Tigers

Oleh kerana dibolosi awal pada minit ke-12, Sarawak menaikkan intensiti untuk menyerang dan dapat mencipta peluang bermula daripada pemain import yang berbakat dari Montenegro, Milos Raickovic yang memberi hantaran kepada Mateo Roskam dan menghantar bola leret kepada Shamie Izuan yang berjaya melakukan rembatan ke gawang JDT namun ketangkasan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi dapat menangkap bola tersebut dengan kemas.

Pasukan JDT terus memberi asakan kepada pasukan Sarawak. JDT banyak memberikan serangan tetapi tidak ada hasil penyudah yang agak baik dari penyerang-penyerang JDT. Jika kita lihat segala peluang dari serangan JDT, jelaslah akan berpesta gol jika peluang disudahkan dengan baik.

Pada minit ke-40, pasukan Sarawak mendapat sepakan percuma di sebelah kiri luar kotak penalti. Sepakan percuma dari Tommy Mawat terkena kepada pemain JDT dan penjaga gol JDT sempat menolak bola tersebut dari melepasi garisan gawang JDT sebelum disepak keluar oleh pemain pertahanan JDT.

Analisis Taktikal Separuh Masa Kedua

Pada separuh masa kedua, JDT menurunkan tempo perlawanan pada permulaan separuh masa kedua. Pada minit ke-54, gerakan dari Gonzalo Cabrera yang melepasi 2 pemain lawan sebelum melepaskan rembatan leret dan ketangkasan penjaga gol yang berusia 36 tahun itu dapat menepis bola tersebut.

Sarawak meningkatkan intensiti untuk menyerang dan mengambil peluang atas sikap sambil lewa pemain JDT yang memberi peluang kepada Sarawak membuat serangan balas ke gawang JDT. Dengan hasil usaha serangan dan mengambil peluang kepada Sarawak, Sahil Suhaimi mencetakkan gol untuk pasukan Sarawak menerusi hantaran crossing dari Milos Raickovic dan Sarawak dapat merapatkan kedudukan dengan 1-1.

Oleh kerana gawang JDT dibolos, ianya sebagai wakeup call untuk pasukan JDT bagi mencari gol. Jurulatih pasukan JDT, Ullises Morais memasukkan Muhammad Safawi Rashid, Hazwan Bakri dan Azammudin Akil untuk menambahkan serangan.

Hasil usaha pertukaran pemain tersebut, ianya berjaya membuahkan hasil kepada JDT apabila hantaran cutback dari Muhammad Safawi Rashid berjaya Mohamad Ghaddar untuk melakukan tap-in yang senang terus masuk ke gawang JDT. Selepas gol tersebut, JDT terus melakukan serangan dan hasilnya menerusi gerakan off-ball movement Safawi Rashid dari halfspace ke tengah serta menerima hantaran through pass yang cantik dari Safiq Rahim, Safawi dapat melepasi dari penjaga gol dan berjaya mencipta nama sebagai penjaring gol untuk perlawanan ini. 2 gol telah dijaringkan dengan pantas pada minit ke-75 dan ke-77. Dengan serangan demi serangan yang dipamerkan oleh anak buah Ullises Morais pada separuh masa kedua ini, walaubagaimanapun Mohamad Ghaddar gagal untuk mencipta hatrik yang pertama untuk beliau bagi pasukan JDT. Keputusan 3-1 kekal sehingga pengadil menamatkan perlawanan tersebut.

Foto : JOHOR Southern Tigers

Kesimpulan

Dengan kemenangan 3-1 ke atas pasukan Sarawak di Larkin, maka JDT dapat melebarkan jurang mata kepada 11 mata di kedudukan teratas Liga Super. Justeru, JDT semakin rapat bagi mereka untuk mendapatkan kejuaraan Liga Super untuk kali ke-4 berturut-turut.

Untuk pasukan Sarawak pula mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk mereka mengelakkan dari terjerumus ke kelompok terbawah. Jika mereka tidak membuat tindakan yang pantas, ancaman mereka untuk turun ke Liga Perdana kemungkinan akan menjadi kenyataan bagi mereka.

Penulis

Artikel ini ditulis oleh Zan Tact untuk diterbitkan di Sukan.my

Sekiranya anda mempunyai artikel untuk dikongsikan. Hantar di sini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.