JDT Sahkan Safawi Rasid Dipancing Kelab Portugal, Portimonense

Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) negara untuk dua musim berturut-turut sebelum ini, Safawi Rasid dilaporkan telah menarik minat kelab Primeira Liga Portugal, Portimonense Sporting Clube.

Perkhabaran tersebut pada mulanya disiarkan oleh media di Portugal melalui portal OJogo, sebelum ianya disahkan sendiri oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dalam satu kenyataan semalam.

Ini bukan kali pertama Safawi Rasid menarik minat kelab dari Eropah, namun buat pertama kali JDT mengesahkan telah memperolehi tawaran rasmi dari kelab di sana.

Martin Prest dalam kenyataan semalam berkata juara Liga Super enam kali berturut-turut itu tidak keberatan untuk membenarkan Safawi beraksi di Eropah demi karier pemain itu.

Namun di peringkat ini, rundingan masih lagi berjalan diantara kedua-dua pihak sebelum perpindahan tersebut boleh direalisasikan.

Portimonense adalah sebuah kelab yang berpengkalan di Portimao, sebuah wilayah di selatan Portugal dan dibimbing oleh bekas pemain antarabangsa Portugal pada era 1990 an, Paulo Sergio.

Stadium tempat beraksi sebagai gelanggang sendiri pula ialah Stadium Perbandaran de Partimao yang mempunyai kapasiti 9,544.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos/a.260410070788966/1783617698468188/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARCeccEEIZ2PEKX5RST0CJlVRw-TIMzl8FwqJGzYs68momG72hyaq9UPoodGrj-zO660ZGNO8J1T61n6U1izOUMOT55dx8fF6VZLA4TS3TWCnxLcoFcnG5zy7_sl99p0blQ2-VIZdgrWSEwASPrKal1ewJeGGfxkMpzCbbyfm3I3Dpf6czNfT39W_R3wlLYCaVThAhgewSVYdTroKvXY8bkfYDZO2hqpyp8LL_4PkRYr4ip7yRLPXRpKOP6jeflp1rHvLtoRqfZC7MgXEpuJBdGYTn6wnfqFlKcgJBsjnRJtEN9-VujutasI1SNyEgX0Dx-C5pEiCJbbng8PPMqsZiCGWQ&__tn__=H-R

Pada musim lalu, Portimonense menamatkan saingan Primiera Liga di kedudukan ke-17, dan berjaya mengelak penyingkiran dari divisyen utama Liga Portugal itu.

Pasukan tersebut kini sedang giat mempersiapkan barisan pemainnya untuk musim baharu yang bakal bermula pada 20 September hadapan.

Sekiranya Safawi beraksi di Portugal, maka pemaian sayap Harimau Malaya itu akan menjadi pemain kedua yang akan beraksi di Eropah selepas Luqman Hakim Shamsuddin yang kini bersama KV Kortrijk di Jupiler League Pro di Belgium.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.