JDT Jawab Tuduhan Tidak Berasas Mario Gomez

Bekas pengendali JDT, Mario Gomez ternyata menyalakan api apabila mendakwa JDT ada berhutang tunggakan gaji dengan beliau. Dan beliau mengugut akan mambawa kes tersebut ke mahkamah serta dipanjangkan kepada FIFA.

Namun pihak JDT menafikan akan salah laku tersebut dan telah memuat naik beberapa status balas kepada tuduhan Mario Gomez yang dianggap tidak berasas.

Presiden kelab JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mencabar Mario Gomez untuk meneruskan hajat beliau jika mahu bertemu dengan baginda di mahkamah.

TMJ menggunakan nama Mario $$$ yang mungkin merujuk kepada sikap Gomez yang mata duitan.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos/a.260410070788966.1073741834.208453185984655/948600901969876/?type=3&theater

TMJ juga meminta semua laman peminat facebook yang merasakan pihak beliau ada hutang dengan Mario Gomez untuk berfikir secara logik, adakah masuk akal baginda berhutang dengan Mario Gomez dengan jumlah $60,000?

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos/a.260410070788966.1073741834.208453185984655/948614398635193/?type=3&theater

Dalam penjelasan daripada Alistair Edwards, beliau megemukakan beberapa bukti dokumen yang menyokong kenyataan beliau:

“Kami pada mulanya tidak mahu menimbulkan isu ini kepada umum tetapi disebabkan pihak Mario Gomez telah membuat kenyataan secara umum, kami tidak ada pilihan selain melakukan perkara yang sama.”

“Mario Gomez telah membuat kenyataan bahawa JDT berhutang pembayaran gaji kepada beliau. Ini sememangnya tidak benar dan merupakan tindakan tidak sepatutnya dari pihak Encik Gomez.”

“Faktanya ialah sebahagian daripada kontrak Encik Gomez bersama JDT adalah beliau dikehendaki membayar gaji pembantunya, Raul Longhi.”

“Encik Gomez pada mulanya membayar jumlah ini secara terus kepada Encik Longhi dan kemudian beliau meminta setiausaha kelab kami untuk membuat pembayaran terus kepada Encik Longhi.”

“Sejak 2015 JDT telah membayar komponen gaji ini secara terus kepada Encik Longhi daripada gaji Encik Gomez mengikut permintaan khususnya selaras dengan kewajipan dalam kontrak Encik Gomez.”

“Encik Gomez juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kami tidak menjawab suratnya, kami menerima surat itu dalam bahasa Sepanyol dan telah menjawab dengan sewajarnya. Jangan cuba untuk menipu kerana ini akan menjejaskan karier anda di Indonesia.”

Surat Balas kepada Mario Gomez (Sumber JST)

“Saya nasihatkan beliau supaya dapatkan nasihat undang-undang yang betul sebelum merapu di media. Kita ada saluran perundangan yang betul di mahkamah dan bukannya cuba menarik polemik kosong dengan memulakan perbicaraan melalui media.”

“Barisan peguam kami telah bersiap-siaga dengan segala fakta dan asas yang kukuh kerana kita yakin bahawa tindakan diambil sebelum ini adalah bertepatan dan selari dengan ‘rules of law’.”

Pada hari yang sama, pembantu jurulatih JDT, Raul Longhi pula mengeluarkan kenyataan yang beliau kecewa dengan tindakan Gomez yang dituduh mengeluarkan tuduhan tidak berasas kepada JDT.

“Saya sangat kecewa apabila membaca mengenai Mario Gomez mendakwa beliau masih mempunyai tunggakan gaji belum dijelaskan oleh JDT.”

“Mario dan saya telah menghabiskan masa bertahun-tahun di JDT dan kelab ini sangat telus dan yang paling penting, tidak pernah lewat membayar gaji dan juga bonus kami.”

“JDT adalah salah satu daripada kelab yang paling profesional yang saya pernah bekerja sepanjang kerjaya saya. Inilah sebabnya saya memilih untuk kekal di kelab ini meskipun selepas pemergian Mario.”

“Perjanjian saya bersama Mario Gomez dan JDT adalah gaji saya dibayar oleh Mario. Perkara ini telah berterusan sejak saya menyertai kelab ini pada tahun 2015, yang pertama kalinya dibayar oleh Mario secara langsung dan kemudian oleh setiausaha kelab selepas Mario memilih dan meminta mengaturkannya agar ia lebih mudah.”

“Apa yang menyedihkan saya adalah apabila tiba-tiba tiga tahun kemudian Mario berusaha untuk menjatuhkan kelab ini dengan tuduhan palsu.”

“Saya memahami bahawa Mario begitu sedih dan mungkin perit bagi beliau apabila tidak lagi berada di JDT tetapi tuntutan ini benar-benar tidak sepatutnya berlaku untuk menentang sebuah kelab yang memberi banyak manfaat kepada kami berdua.”

Kini pihak TMJ dan JDT sedia untuk menyambut langkah seterusnya yang dimahukan oleh Mario Gomez. Dengan penjelasan dan bukti dokumen yang dimuatnaik, sudah pastinya Mario Gomez harus mengemukakan bukti konkrit di atas tuduhan beliau.

Ketika ini, Mario Gomez berada di Indonesia. Beliau baru memulakan tugas sebagai ketua Jurulatih Persib Bandung.

Sumber Rujukan

Johor Souther Tigers

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.