JDT Gagal Lepasi Pusingan Ke-2 Kelayakan ACL 2018, Dibelasah Muangthong 5-2

JDT berkunjung ke Stadium Supachalasai di Bangkok untuk bertemu Muangthong dalam perlawanan kelayakan ACL pusingan kedua.

Ini adalah kempen pertama Ulisses Morais bersama dengan JDT. Beliau menurunkan Syafiq Ahmad, Diaz dan Hazwan Bakri di barisan serangan. Tiada nama Luciano Figueroa dalam pasukan.

Muangthong yang beraksi tanpa 2 pemain berpengaruh mereka, Kawin dan Chanathip yang sudah rasmi meninggalkan kelab tersebut.

JDT ditekan teruk oleh Muangthong yang melakukan asakan bertubi-tubi pada separuh masa pertama. JDT dibolosi seawal minit ke-7 menerusi pemain kebangsaan Thailand, Sarach Yooyen.

13 minit selepas itu, giliran seorang lagi pemain kebangsaan Thailand, Tristan Do meletakkan tuan rumah 2 gol di hadapan pada minit ke-19.

Seminit selepas itu, JDT memberikan sepakan penalti kepada Muangthong selepas Bruno Soares menjatuhkan Teerasil Dangda yang lincah menggelecek beberapa pemain JDT dalam kotak penalti.

Heberty menyempurnakan penalti untuk gol ke-3 Muangthong. JDT terus gagal memberikan persaingan kepada Muangthon dalam baki perlawanan separuh masa pertama.

Muangthong masuk ke bilik persalinan dengan mood positif dengan kedudukan 3-0 mengatasi JDT.

Bersambung babak kedua, JDT masih terus rapuh apabila bocor sekali lagi pada minit ke-51 menerusi jaringan Theerathon Bunmathan pada minit ke-56.

Satu lagi kelemahan pertahanan secara unit oleh JDT yang memberikan ruang besar kepada lawan mereka.

JDT cuba memberikan tentangan kepada Muangthong dan cuba menaikkan intensiti dalam permainan.

FOTO – JST

Namun begitu, Azrif Nasrulhaq kemudiannya menjatuhkan Teerasil Dangda di luar kotak penalti. Heberty melakukan sepakan percuma cantik melecong ke penjuru kanan Izham Tarmizi. JDT ketinggalan 5-0 di belakang.

Selepas itu perlawanan agak panas dengan beberapa insiden. Namun pengadil berjaya mengawal keadaan. Diaz dilayangkan kad kuning kerana berlakon mendakwa dia dihantuk.

Pada masa kecederaan penggempur sensasi JDT, Diaz menjaringkan 2 gol untuk JDT.  Perlawanan berkahir dengan keputusan 5-2.

JDT tersingkir dan gagal mengulangi pencapaian mereka musim lalu mara ke pusingan play-off ACL 2018. Muangthong akan meneruskan cabaran mereka untuk kelayakan terakhir menentang Kashiwa Reysol pada 30 Januari ini.

Selamat pulang ke tanah air JDT. Cuba lagi pada masa hadapan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.