Jawapan Mbappe Ketika Disuruh Memilih Antara Ronaldo Dan Messi Sungguh Mengagumkan

Rekod jaringan luar biasa Kylian Mbappe dalam saingan Liga Juara-juara jauh lebih baik berbanding Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi ketika mereka berusia 21 tahun.

Bah kan, ketika di usia sama, Ronaldo tidak pernah menjaringkan gol dalam saingan liga Juara-juara dan Messi pula hanya menjaringkan dua gol untuk Barca dalam kejohanan sama.

Pada Februari tahun lalu, penyerang PSG itu telah berjaya menyamai rekod yang dicipta oleh Ronaldo Luis Nazario De Lima dalam pentas elit Eropah.

Beliau menyamai rekod itu ketika menjaringkan gol menentang Manchester United, dan Mbappe terus mempamerkan aksi cemerlang beliau sehingga ke hari ini.

Sejak dari itu, ramai yang telah membandingkan beliau dengan dua pemain terbaik dunia itu. Tetapi sekiranya ditanya sendiri kepada tuan punya badan, siapa akan beliau pilih antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo?

Ketika di tanya siapa akan dipilih olehnya antara kedua-dua pemain itu, Kylian Mbappe dengan tenang menjawab bahawa beliau akan meletakkan dirinya sendiri di bangku simpanan supaya kedua-dua pemain itu boleh ada dalam pasukannya.

“Sekiranya saya harus memilih antara Messi dan Ronaldo untuk bermain bersama saya, saya akan duduk di bangku simpanan dan jika mereka berdua bermain dalam satu pasukan, kemenangan sudah pasti milik kami.”

Jelas Kylian Mbappe.

Inilah yang dipanggil mentaliti kelas tinggi yang mana beliau tidak memilih satu dari dua pemain itu untuk kepuasan sendiri, sebaliknya memilih untuk mengorbankan diri sendiri supaya pasukan boleh menang.

Enam tahun selepas gambar Kylian Mbappe ketika berusia 13 tahun sedang duduk dalam biliknya yang dipenuhi gambar Ronaldo tersebar, penyerang Perancis itu akhirnya berjaya juga mencapai impiannya untuk menjadi salah seorang pemain bola sepak yang hebat dan prospek masa depan yang sungguh mengujakan dalam dunia bola sepak.

Tapi jelas Mbappe begitu obses dengan mengikuti jejak langkah kejayaan idolanya Cristiano Ronaldo dalam dunia bola sepak ini.

Ayah kepada Mbappe memberitahu France Football pada tahun 2016, bahawa anaknya akan menghabiskan masa beberapa jam untuk menonton video berkaitan Cristiano Ronaldo di internet.

Dalam satu temu bual bersama media penerbitan Sepanyol, Marca pada tahun lalu, Mbappe sebenarnya bercakap tentang bagaimana Ronaldo mempengaruhi karier beliau sejak dari kanak-kanak.

“Dia adalah wira saya sejak saya kecil lagi dan ianya sungguh mengagumkan ketika saya dapat berjumpa beliau ketika saya melawat Valdebebas.”

Jelas Mbappe.

“Tapi saya seorang pesaing dan saya jenis orang yang tidak suka kalah. Apa yang saya mahu adalah menang, menang dan menang. Jadi saya tidak peduli apa dan siapa di depan kami, yang penting kami menang.”

“Saya peminat setianya ketika masih kanak-kanak, tapi ia cukup sampai situ saja. Sekarang saya akan pergi ke Bernabeu untuk beraksi dan untuk menang.”

“Dari seseorang yang sudah memenangi lima kali gelaran Ballon d’or kamu boleh belajar banyak. Dia seorang pemain yang hebat, tetapi saya juga ada ramai pemain hebat di samping saya. Neymar disini dan saya rasa dia lebih kurang sama aksi dengan Ronaldo. Saya juga belajar dari Cavani untuk menjadi penjaring berbisa.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.