Jurgen Klopp menyatakan bahawa ‘tiada peluang’ untuk Liverpool menandatangani Lionel Messi dari Barcelona pada jendela perpindahan musim panas ini.
Messi yang kini sudah berusia 33 tahun telah menyatakan hasratnya untuk keluar kepada majikannya, Barcelona selepas hampir dua dekat beliau menabur bakti untuk gergasi Catalan itu.
Manchester City, Manchester United, Chelsea, Inter Milan, Juventus dan PSG antara pasukan yang dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani pemenang enam kali Ballon d’or itu.
🎙 Jurgen Klopp: "Who doesn't want Lionel Messi in their team? But no chance. The numbers are not for us." pic.twitter.com/i7qAqPaSSc
— BarçaTimes (@BarcaTimes) August 28, 2020
Banyak lagi kelab yang sebenarnya juga turut berminat untuk mendapatkan ketua pasukan Argentina itu, namun untuk peminat Liverpool, mereka tidak boleh berharap Messi akan ke Anfield.
Juara saingan Liga Perdana Inggeris itu dilaporkan tidak akan membuat sebarang tawaran untuk mendapatkan Lionel Messi dan Klopp sendiri menegaskan bahawa mereka tiada peluang pun untuk melakukan rundingan.
Jurgen Klopp on Lionel Messi potentially joining #ManCity: “It would make it even more difficult to beat them, which was already very difficult. For the #PL it would be great, having the best player in the world in the league!”
[via @footballdaily]pic.twitter.com/87eOUjyHqh
— Man City Xtra (@City_Xtra) August 28, 2020
Jurgen Klopp menyatakan bahawa:
“Seandainya Messi mahu beraksi di pentas Premier League pun, sudah pastinya bukan bersama kami. Tetapi perpindahannya ke premier league adalah sesuatu yang baik untuk liga.”
Jelas Klopp tentang Messi yang dilaporkan mahu beraksi di pentas premier league.
“Sekiranya dia sertai Man City, sudah pastinya kami akan menghadapi kesukaran untuk menewaskan mereka.”
Jelas Klopp lagi.
“Untuk Premier League sendiri, ianya sangat menarik dan hebat untuk mendapat seorang bintang besar beraksi dalam liga ini, namun jujurnya saya juga tidak pasti sama ada liga memerlukan suntikan itu atau tidak.”
“Dia tidak pernah beraksi di liga lain selain La Liga. Bola sepak di sini sangat berbeza. Saya sangat tertarik untuk menyaksikannya. Tidak pasti lagi tetapi saya sangat mahukannya.”
Ketika ditanya sekiranya Liverpool berminat untuk mendapatkan Messi bagaimana? Klopp menjawab:
“Menarik minat dari Liverpool? Siapa saja yang tak mahukan dia? Tetapi tidak ada peluang. Kelebihan tu tidak ada untuk kami. Ianya sangatlah jelas. Tetapi dia memang seorang pemain yang sangat bagus. Jujur saya katakan.”
Jurgen Klopp says there is 'no chance' Liverpool would sign Messi pic.twitter.com/3S8Zh4wCBv
— Giorgi Javoiani (@GiorgiJavoiani) August 29, 2020
Messi telah menjadi topik paling hangat dibincangkan ketika sesi perpindahan pemain musim panas ini selepas beliau menghantar permohonan untuk meninggalkan skuad tempoh hari.
Seteru Liverpool, Manchester City merupakan pasukan paling hampir pasti bakal berjaya untuk mendapatkan khidmat Lionel Messi sekiranya beliau benar-benar meninggalkan Barcelona.
The Citizens kini sudah menandatangani Nathan Ake dan Ferran Torres untuk kembali merebut gelaran Juara Liga dari Liverpool.
Liverpool pula sehingga kini mereka cuma baru menandatangani seorang pemain sahaja iaitu Kostas Tsimikas dari Olympiacos yang ditandatangani dengan nilai £11.75 juta.
Akan tetapi Liverpool dilaporkan sedang dalam pemburuan untuk mendapatkan bintang Bayern Munich, Thiago Silva pada jendela perpindahan kali ini.
'Who doesn't want to have him in their team?'
Jurgen Klopp on Lionel Messi, Liverpool's chances of signing him, and what it means if he goes to Manchester City. pic.twitter.com/N9JAtO3Ug8
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) August 28, 2020
Persaingan sengit pastinya dapat disaksikan dalam saingan liga perdana musim depan dengan Chelsea yang sudah menandatangani enam pemain bagi menghadapi musim baru nanti.