Jawapan Allan Saint-Maximin Ketika Ditanya Tentang Messi Mencuit Hati Peminat

Allan Saint-Maximin menjawab persoalan dari peminat di laman twitter dengan jawapan yang sungguh menghiburkan.

Seorang peminat di twitter bertanya kepada beliau bagaimana sekiranya Lionel Messi menyertai Newcastle dan meminta untuk memakai jersi nombor 10 miliknya.

Pemain sayap Perancis itu memberi jawapan yang agak melucukan walau tidak menaip panjang, namun kerana mengenali sikapnya, maka ramai peminat yang terhibur dengan jawapan beliau.

Allan Saint-Maximin merupakan pemain yang bermain di posisi sayap di Newcastle dan musim ini beliau telah mengharungi satu musim yang cukup cemerlang.

Musim ini juga merupakan debut beliau dalam saingan premier league dan sudah pastinya musim ini menjadi musim yang akan terus beliau kenang sepanjang kariernya.

Bintang berusia 23 tahun itu menamatkan kempen 2019/20 dengan menjaringkan empat gol dan mencatatkan 7 bantuan jaringan untuk Newcastle.

Aksinya pada musim ini mendapat pujian yang luar biasa dari dalam kalangan peminat dengan aksi menggeleceknya yang luar biasa serta sikapnya yang sangat santai di luar padang.

Tindak balas beliau kepada para peminat terutamanya melalui sosial media menjadikan dirinya sebagai salah seorang pemain paling digemari di pentas premier league.

Dengan Lionel Messi dilaporkan sudah menghantar permohonan untuk meninggalkan kelab pada 25 Ogos lalu, para peminat seluruh dunia pastinya berharap bintang Argentina itu akan sertai pasukan kegemaran mereka.

Tidak terlepas para peminat Newcastle juga sangat berharap agar pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu menyertai mereka selepas meninggalkan gergasi Catalan tersebut.

Walaupun urusan pengambil alihan kelab Newcastle dari Mike Ashley kepada syarikat Konsortium Arab Saudi itu sepertinya tidak akan terjadi, para peminat masih berharap untuk dapat melihat Messi menyarung jersi hitam putih Newcastle itu.

Dengan begitu yakinnya salah seorang peminat di twitter bertanya kepada Saint-Maximin bagaimana sekiranya Lionel Messi menyertai Newcastle dan meminta untuk memakai jersi nombor 10 yang dipakai olehnya sekarang.

Kerana sememangnya sikap Saint-Maximin suka bergurau berbanding mengambil serius sesuatu isu, beliau menjawab dengan santai:

“Saya akan bangun.”

Walau bagaimanapun, salah seorang peminat setia Newcastle dengan segera membalas komen Saint-Maximin dan mempertahankan beliau.

Saint-Maximin sememangnya antara pemain paling terkenal antara kalangan semua pemain sedia ada Newcastle musim ini.

Akan tetapi, berita perpindahan Messi ini sama sekali tidak dikaitkan dengan Newcastle, sebaliknya ketua pasukan Barcelona itu kini sering dikaitkan dengan Manchester City.

Messi sangat berminat untuk menyertai Manchester City dan mahu kembali bekerja sama dengan Pep Guardiola untuk skuad the Citizens itu di pentas premier league.

Selain Manchester City, Messi turut dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus, Inter Milan, PSG dan beberapa pasukan ternama dunia.

Namun sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan atau perundingan yang dijalankan membabitkan pemenang enam kali Ballon d’or itu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.