Kedah turun dengan pasukan tanpa tonggak utama Renan Alves yang digantung perlawanan. Sementara itu Perak menurunkan kesebesalan terkuat dengan kesemua pemain import mereka boleh bermain dalam perlawanan ini.
Pemain muda Kedah, Fadzrul Danel masuk pada minit akhir masa tambahan untuk memastikan Lang Merah menjulang Piala FA 2019.
Kedua-dua pasukan kelihatan sama kuat dan masing-masing memiliki peluang gol. Namun aksi Ifwat Akmal dan Hafizul Hakim menjadi penghalang utama kepada mereka.
Pada separuh masa pertama, pasukan Perak memiliki beberapa peluang keemasan terutama sekali daripada situasi bola mati, namun ianya gagal untuk disudahkan.
Pasukan Kedah juga memiliki beberapa peluang dan mereka turut gagal untuk menyempurnakan beberapa peluang.
Pada separuh masa kedua, Kedah tampak dengan aksi lebih garang. Perak banyak menyerap asakan di bahagian bawah dan melancarkan serangan balas menerusi J. Partiban.
Perak beberapa kali memiliki peluang gol daripada corak permainan ini. Pada minit akhir perlawanan Amirul Azhan dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua.
Kedah turut memiliki banyak peluang gol. Antaranya menerusi Fernando Rodriguez dan juga Farhan Roslan. Namun mereka gagal untuk mengambil kesempatan sebaiknya.
Perlawanan berlarutan ke masa tambahan. Kedah menguasai perlawanan pada masa tambahan. Aidil Sharin memasukkan Fadzrul Danel.
Pemain muda itu mendapat detik pertama apabila hantaran Rizal Ghazali gagal dikeluarkan oleh pertahanan Perak. Bola singgah di hadapan Fadzrul yang terus melakukan percubaan ke arah gol. Kedah di hadapan pada minit ke-105 ataupun pada masa kecederaan separuh masa pertama, tambahan masa.
105+1' | GOL FADZRUL!
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 27, 2019
Pasukan @official_kfa berjaya menjaringkan gol pertama dalam Final #ShopeePialaFA2019 melalui sepakan oleh pemain yang berusia hanya 21 tahun, Fadzrul Danel.#ShopeePialaFA2019#MFLLive #PRKKED pic.twitter.com/9I8A5IPpoI
Meriah! Penyokong Kedah meraikan jaringan gol Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-105 final #PialaFA2019 pic.twitter.com/EWG6di8y3w
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 27, 2019
Pada 15 minit lagi masa tambahan, Perak gagal untuk membalas gol tersebut dan Kedah menang 1-0. Ini bermakna Lang Merah membawa pulang Piala FA kembali ke Negeri Jelapang Padi selepas kali terakhir menjuarainya pada 2008.
FT | KEDAH MUNCUL JUARA SHOPEE PIALA FA 2019!
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 27, 2019
Tahniah kepada @official_kfa, yang menjuarai Piala FA dan juga berjaya menyamai rekod Selangor dengan lima trofi!
Tahniah juga diucapkan kepada @peraktbgmy, yang menampilkan semangat juang yang tinggi.#ShopeePialaFA2019#MFLLive pic.twitter.com/ovcWU1B6yf