Sebuah pasukan bola sepak 7 sebelah di Timur London telah menerima kejutan besar mengalahkan kejutan dalam Akademi Fantasia dan Gegar Vaganza apabila Ricardo Kaka hadir untuk bermain bersama mereka.
Selepas bersara, Kaka telah menikmati persaraannya dengan bermain bola sepak dalam perlawanan amal dan perlawanan jemputan melibatkan pemain lagenda dunia.
Dengan status sebagai lagenda tiada masalah untuk kaka untuk pergi ke Sekolah Haggerston dan menyertai pasukan Reach Out FC di Hoxton.
Kaka telah sebagai pemain Reach Out FC dengan satu kontrak yang amat istimewa dengan penjanjian sebagai pemain pinjaman untuk satu perlawanan sahaja.
Bekas pemain AC Milan dan Real Madrid itu memakai kasut baru keluaran Adidas, Adidas Predator 20’s tiada masalah mempamerkan kehebatan.
Kaka telah membawa bola secara solo dari tengah dan telah melepaskan satu rembatan padu dan bola laju menerjah ke penjuru gawang.
Ketika gol tersebut dijaringkan Reach Out FC ketinggalan dan bangkit untuk menang dengan jaringan 4-2.
Kaka telah menjaringkan dua gol dan mencipta dua bantuan gol.
Kaka doing bits down at 5-a-side in Hoxton 🤣🤣pic.twitter.com/tz4g2Yi2gU
— Soccer AM (@SoccerAM) February 8, 2020
Detik menarik sebelum Kaka melepaskan rembatan apabila rakan sepasukannya meminta Kaka menghantar bola kepada beliau dengan jeritan:
“KAKA! KAKA! CUT BACK… CUT BACK!!!!”
Pemain yang menjerit kepada Kaka adalah Abdullahi Ali Aden yang berusia 24 tahun. Beliau beruntung dapat bermain dan menyaksikan gol padu Kaka itu di depan mata.
The numpty screaming ‘KAKA! KAKA! CUT BACK… CUT BACK!!!!’ at one of the world’s greatest ever footballers, just before Kaka smashes it in the top corner, is my kinda guy. 👍🤣 https://t.co/fNfGnOBtmY
— Piers Morgan (@piersmorgan) February 8, 2020
Everyone’s getting onto me for shouting “cut it back” 😂😂😂😂😂😂😂😂😂 I’m deadddd
— 🗿 (@AliAd3n) February 8, 2020