James Bond Pernah Rayu Pada Gattuso

Genarro Gattuso satu ketika dahulu pernah dianggap sebagai salah seorang pemain bintang yang pernah mewarnai bola sepak Scotland.

Dan pelakon James Bond, mendiang Sean Connery pernah merayu agar pemain itu untuk tidak meninggalkan bola sepak Scotland untuk kembali ke Itali.

Pada hari ini Gattuso adalah pengurus Napoli, dan mendedahkan bekas pelakon James Bond itu pernah merayu kepada beliau untuk tidak meninggalkan Rangers pada 1998.

Connery meninggal dunia pada Sabtu lalu merupakan penyokong setia Rangers, dan sering kali kelihatan berada di Ibrox apabila tidak sibuk dengan watak penjadi pengintip di dalam filem itu.

Gattuso hanya beraksi selama semusim bersama Rangers pada awal kariernya pada lewat 90 an. sebelum beraksi di Serie A bersama Salernitana dan kemudiannya bersama AC Milan di mana kariernya benar-benar menyerlah.

Walaupun kepakaran utamanya bikanlah di hadapan gol, Gattuso pernah menjaringkan lima gol dari 51 penampilan di Scotland dan prestasinya selama setahun cukup untuk menarik minat Connery.

Ia mendorong pelakon itu untuk tampil secara peribadi untuk merayu agar Gattuso terus kekal di Ibrox.

“Saya pernah bertemu dengan beliau [Connery] hanya sekali. Presiden kelab pada ketika itu adalah David Murray, dan beliau adalah sebahagian daripada ahli lembaga pengarah,” kata Gattuso.

“Pada satu petang beliau berbicara dengan saya dan meminta agar saya tidak pergi,” kongsi Gattuso lagi mengenai kenangan beliau bersama Connery dalam sidang media Napoli pada Ahad.

“Saya hanya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya. Saya memiliki memori yang indah bersamanya. Beliau adalah jejaka yang menarik, dengan personaliti hebat, dan mencipta sejarang dalam bisnes pembikinan filem.”

Ditanya wartawan sama ada Connery pernah mencadangkan beliau berlakon, Gattuson berkata: “Tidak, kerana saya tidak mempunyai personaliti menarik itu. Saya katakan sekali lagi di sini, saya akan sentiasa mengingati mendiang di dalam memori saya.”

Selain Gattuso, bekas penjaga gol Rangers, Lionel Carbonnier turut menberikan penghargaan kepada Connery, dan menyifatkan pelakon itu sebagai watak biasa di dalam kelab yang sentiasa menghormati pemain.

“Agak kerap juga kami berjumpa, beliau sangat rapat dengan David Murray, presiden kami,” kata Charbonnier kepada RMC Sport.

“Kehadirannya sentiasa menarik perhatian, penampilannya pula amat gah, dan amat kemas tetapi tidak pernah seperti menyesal ketika berada bersama pemain.

“Apabila berada di sini bukannya beliau mahu dipuja. Beliau bercakap menggunakan mata dan bukan syara semata-mata. Dia seorang lelaki yang sangat menyerlah.

“Pintu sentiasa terbuka besar kerana beliau adalah sebahagian daripada pasukan. Dia tidak akan masuk ke bilik persalinan bersendirian kerana dia amat menghormati orang lain dan merendah diri.

“Anda boleh menemui rasa selesa di sebalik pandangan matanya. Susuk dirinya amat besar.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.