James Beraksi Cemerlang Walau Kepalanya Ditunjal

James Rodriguez sebelum ini telah beraksi di beberapa buah liga. Apa yang menariknya, dari tiga gol pertamanya dalam tiga liga berbeza, beliau beraksi dibawah kendalian Carlo Ancelotti.

Semalam James berjaya membuka akaun gol di pentas EPL bersama Everton selepas menerima bola hantaran cantik dari Richarlison dan dirembat kencang oleh James dari luar kotak penalti.

Ianya memang tipikal gol yang sering dilakukan oleh James Rodriguez sebelum-sebelum ini.

West Brom memulakan perlawanan agak baik dengan menjaringkan gol awal menerusi Diangana.

Tidak lama selepas itu giliran Cavert Lewin menjaringkan gol untuk skuad kendalian Ancelotti bangkit mengikat kedudukan.

James kemudian menjaringkan gol untuk meletakkan Everton dihadapan pada penghujung babak pertama perlawanan.

Gol yang sungguh cantik dijaringkan oleh pemain yang baru saja ditandatangani oleh Everton dari Real Madrid ini.

West Brom gagal untuk mengekalkan rentak terbaik mereka dalam perlawanan ini dan mereka mudah hilang penguasaan bola di penghujung babak pertama sehingga tamat perlawanan.

West Brom semakin hilang arah selepas terpaksa bermain 10 orang kerana Kieran Gibbs dilayangkan kad merah pada masa tambahan babak pertama.

Kieran Gibbs dilayangkan kad merah selepas melempang James Rodriguez dan lebih parah lagi pengurus West Brom, Slaven Bilic turut dibuang padang selepas wisel penamat kerana membantah keputusan pengadil.

James Rodriguez sebelum ini dengan rasminya telah meninggalkan Real Madrid untuk sertai Everton selepas dikaitkan dengan beberapa pasukan di pentas premier league.

Selain dikaitkan dengan pasukan seperti Wolves, bintang Columbia itu turut sering dikaitkan dengan perpindahan ke Everton selepas melihat hubungan baiknya dengan Carlo Ancelotti.

Carlo Ancelotti sendiri mengakui bahawa beliau sangat menginginkan James untuk datang dan beraksi di Everton di bawah kendaliannya.

Bahkan James sendiri mengakui bahawa Carlo Ancelotti merupakan pengaruh terbesar yang membawanya ke Everton.

Bintang berusia 20 tahun itu sudah tiada dalam rancangan Real Madrid pada musim ini selepas kelab gergasi Sepanyol itu kembali dikendalikan oleh Zinedine Zidane.

James sememangnya sukar untuk mendapat tempat dibawah sistem Zidane. Sebelum Zidane meninggalkan Los Blancos dahulu juga James sudah sering dipinggirkan oleh pengurus dari Perancis itu.

Musim lalu James kembali kepangkuan Madrid selepas menghabiskan dua musim bersama Bayern sebagai pemain pinjaman.

Namun beliau hanya membuat 14 penampilan sahaja sepanjang musim di semua pertandingan untuk Madrid.

Everton menandatangani bintang sensasi Colombia itu dari Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £22.5 juta sahaja.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.