Pelumba dari Republik Czech, Jakub Kornfeil membuat dakwaan penuh mistik apabila mengaku melihat wajah mendiang Marco Simoncelli, melindungi Valentino Rossi dari insiden maut di MotoGP Austria tempoh hari.
Insiden kecelakaan mengerikan terjadi di MotoGP Austria. Diketahui, Johann Zarco (Reale Avintia Ducati) dan Franco Morbidelli mengalami kemalangan di pusingan kesembilan saat ketika memasuki selekoh ketiga di Litar Red Bull Ring itu.
Kecelakaan tersebut membuat kedua pelumba terlempar ke kawasan berbatu, sementara dua jentera yang terlibat melayang dan nyaris menghentam Valentino Rossi yang pada ketika itu mengekori dengan kelajuan maksima.
OH MY GOD! 😱
Johann Zarco and Franco Morbidelli collide in a HUGE CRASH and the bikes almost hit the other riders! 😱#MotoGP #MotoMad #AustrianGP pic.twitter.com/rsfukIEPRJ
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) August 16, 2020
Rossi dianggap bernasib baik kerana terselamat dari hentaman jentera ditunggang Morbidelli.
Dan Kornfeil mendakwa pelumba Monster Energy Yamaha itu sebenarnya diselamatkan oleh roh Marco Simoncelli yang beliau dakwa kelihatan di kawasan belukar yang menjadi latar belakang litar tersebut.

Malah Kornfeil boleh membuktikan apa yang beliau katakan itu benar melalui video perlumbaan ketika insiden tersebut berlaku.
“Ada beberapa hal yang tidak boleh dijelaskan dengan logik. Saat motor Morbidelli terbang dan sebelum Rossi melintas, susuk menyerupai wajah Marco Simoncelli kelihatan di hutan. Setidaknya itulah yang saya amati setelah menonton kembali perlumbaan,” ujar Jakub Kornfeil.
“Kami mengaku meremang bulu roma apabila melihat wajah itu. Saya berpendapat hal mistik memang terjadi di sana. Saya benar-benar melihat wajah Simoncelli,” tambahnya lagi.
Marco Simoncelli meninggal dunia akibat kemalangan tragis dalam perlumbaan di Litar Sepang pada 2011.