Jack Grealish telah memberi reaksi suka terhadap satu tweet yang mempersoalkan mengapa beliau tidak dipilih dalam skuad terbaru pasukan kebangsaan England.
Bintang Aston Villa itu masih menunggu untuk dipanggil buat kali pertamanya ke skuad kebangsaan England dari Gareth Southgate.
Namun untuk kejohanan UEFA Nations League yang akan dilangsungkan bulan hadapan, nama beliau masih lagi belum dipanggil oleh pengurus pasukan kebangsaan England itu.
Spiteful & wrong on so many levels – Gareth Southgate's humiliating England snub a hurtful attack on Jack Grealish 🤬 https://t.co/qxhaPpCzwy #AVFC #ENG
— Ashley Preece (@PreeceObserver) August 25, 2020
Jack Grealish cemerlang membantu Villa untuk kekal beraksi di pentas premier league selepas menjaringkan lapan gol sepanjang musim ini.
Beliau turut berjaya menjaringkan gol ketika dalam perlawanan terakhir liga menentang West Ham, tetapi bakatnya masih belum dipandang oleh Gareth Southgate.
Bahkan, Gareth Southgate lebih mempercayai bakat dari bintang Leeds United, Kalvin Philips dan memanggil pemain itu untuk sertai skuad kebangsaan England ke kejohanan Nations League bulan depan.
Bintang berusia 24 tahun itu merupakan nadi penting dalam sistem di bawah kendalian Marcelo Bielsa dan membantu Leeds United menjuarai liga Championship.
Namun, yang membuatkan ramai peminat kecewa dan sedikit keliru adalah, Kalvin Philips masih belum membuat sebarang penampilan di pentas premier league tetapi sudah dipanggil berbanding Grealish yang terbukti sudah beraksi di liga utama England itu.
Gareth Southgate on @Kalvinphillips: "I spoke to him this morning, which was a nice reminder of what it means for somebody to be in their first England squad.
"It's a proud moment for him, his family and his club." pic.twitter.com/Vl1lh1cJYK
— England (@England) August 25, 2020
Jack Grealish dilihat memberi reaksi suka terhadap banyak status yang berkaitan tentangnya dengan skuad kebangsaan England.
Beliau turut menyukai tweet dari Sky Bet yang mana mereka memuat naik ucapan dari Southgate yang bercerita tentang Jack Grealish.
Southgate menyatakan bahawa Jack Grealish memerlukan lebih banyak pengalaman dalam perlawanan besar sebelum menjadi salah seorang pemain yang ada dalam perancangannya.
Selain Jack Grealish, nama seperti James Maddison dan Dele Alli turut tidak disenaraikan oleh Gareth Southgate untuk skuad England kali ini.
Terdapat muka-muka baru yang turut dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan England kali ini dan antaranya adalah bintang muda Mason Greenwood dan Phil Foden.
Kedua-dua pemain muda itu telah menunjukkan tahap persembahan terbaik mereka bersama Manchester City dan United dalam aksi di pentas saingan liga perdana Inggeris.
Danny Ings yang mempamerkan aksi cemerlang bersama Southampton musim ini dengan menjaringkan 22 gol turut di panggil untuk skuad kebangsaan England kali ini.
Whilst at Liverpool he suffered:
– Anterior cruciate ligament injury in his left knee
– Cruciate ligament rupture in his right kneeIn his first full season with Southampton, he scored 25 goals in 42 games in all competitions.
Danny Ings is back in the England squad. 👏 pic.twitter.com/2b4oNjmPt4
— bet365 (@bet365) August 25, 2020
Kyle Walker juga dipanggil kembali bersama skuad kebangsaan untuk menambah pilihan di posisi right-back.
Rakan sepasukannya Raheem Sterling turut dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan kali ini namun harus jalani saringan Koronavirus sekali lagi selepas saringan pertama mengesahkan beliau negatif.
Ini kerana pemain sayap Manchester City itu ada menghadiri sebuah acara ulang tahun yang dianjurkan oleh Usain Bolt dan pelari terpantas dunia itu pula disahkan positif.
Kerana pelari pecut Jamaica itu disahkan positif, maka Raheem Sterling perlu melakukan sekali lagi saringan untuk memastikan beliau tetap negatif sebelum kembali menyertai skuad kebangsaan.
Ketua pasukan setan merah, Harry Maguire turut berada dalam senarai pilihan Southgate walau beliau kini terlibat dengan kes jenayah.
Maguire telah ditahan oleh pihak berkuasa Greece awal minggu lalu di sebuah kepulauan Mykonos, Greece.
Jack Grealish last season – 36 Premier League appearances. 8 goals. 6 assists. 9 MOTM awards. 👏 https://t.co/rMTWYV8dhF
— SPORTbible (@sportbible) August 25, 2020
Skuad kebangsaan England akan memulakan aksi sepak mula pada 5 September nanti menentang Iceland dan aksi seterusnya adalah pada 8 September menentang Denmark.
Skuad Kebangsaan England tidak pernah beraksi sejak kali terakhir mereka menewaskan Kosovo 4-0 dalam kelayakan Euro 2020 pada November 2019 yang lalu.