Matteo Guendouzi telah melakukan aksi dengan isyarat jari kepada penyokong Watford dengan menunjukkan kedudukan 2-1.
Guendouzi cemerlang sebelum ini dalam aksi menentang Spurs. Beliau juga mendapat panggilan pertama untuk mewakili skuad senior pasukan Perancis.
Dalam aksi menentang Watford, Guendouzi menjadi pemain kesebelasan utama. Dan terdapat satu insiden beliau telah menunjukkan isyarat 2-1 kepada penyokong Watford.
Pemain kebangsaan Perancis, Guendouzi melakukan isyarat peringatan itu selepas beliau bengang diboo oleh sekumpulan penyokong Watford.
Guendouzi telling Watford fans what’s the score. Legend in making lmaoo pic.twitter.com/kim30v3YsE
— Aubazettes (@Aubazettes) September 15, 2019
Ianya mirip kepada apa yang dilakukan Theo Walcott satu ketika dahulu kepada penyokong Spurs dalam derbi North London.
Namun, bezanya kali ini, isyarat jari untuk troll penyokong Watford itu telah memakan diri kepada Guendouzi. Ini kerana Arsenal keciciran mata di Vicarage Road. Kedudukan yang pada awalnya 0-2, menjadi 1-2 dan kemudiannya berakhir menjadi 2-2.
Pada awalnya, Arsenal mendahului 2 gol pada separuh masa pertama. Pada awal separuh masa kedua, Tom Cleverley merapatkan jurang gol selepas kesilapan oleh Sokratis.
Selepas berkali-kali menyerang, Watford akhirnya menyamakan kedudukan. Ini apabila Roberto Pereyra menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti.
Para penyokong Watford telah troll balik Guendouzi. Twitter Watford turut mengambil kesempatan untuk membalas balik perbuatan Guendouzi.
Pengurus twitter Watford menggunakan simbol bintang merujuk kepada pembetulan.
*✌️✌️ pic.twitter.com/9nG2esFxfa
— Watford Football Club (@WatfordFC) September 15, 2019
Ini merupakan kali kedua Arsenal keciciran mata pada musim ini. Arsenal gagal memanfaatkan peluang untuk menyamakan mata dengan Manchester City dan berada di 3 teratas jika mereka menang.
Arsenal selepas ini akan berkunjung ke Eintracht Frankfurt bagi saingan Europa League. Dan kemudiannya akan berhadapan dengan Aston Villa dalam saingan EPL.