Isu Bendera 5 Bintang, MABA Minta Maaf

Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memohon maaf dan menyatakan bahawa bertanggungjawabb sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia yang tidak betul.

Kecoh di internet apabila MABA mengibarkan bendera Malaysia dengan lima bintang di skrin digital pada hari perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

Takkanlah bendera Malaysia pun mereka tak kenal, marah seorang netizen bernama Pijo Hakim. Antara mereka yang sangat kecewa dengan perkara itu.

Menurut Pijo, andai beginilah tahap MABA, selayaknya persatuan itu diambil tindakan. Pegawai di sebalik semua ini harus bertanggungjawab.

Video tersebut tersebar dengan cepat di kalangan warganet. Ramai yang kecewa dengan kesilapan yang dianggap tidak boleh diterima itu. Mana taknya, bukan 1, 2 bucu yang hilang tetapi 9.

Warganet menganggap MABA sebagai tidak sensitif dan kurang pengetahuan ilmu kenegaraan Malaysia yang sepatutnya sudah sebati dengan diri rakyat Malaysia, apatah lagi persatuan kebangsaan seperti MABA

Laman Facebook MABA diserang dan dikecam teruk.

Bendera Malaysia dengan lima bintang itu dipaparkan menerusi klip video bersama logo Westport ketika nyanyian lagu Negaraku.

MABA dalam kenyataan maaf rasmi mereka berkata:

“Semasa majlis perasmian itu, pasukan penyiaran kami secara tidak sengaja mempamerkan bendera Malaysia yang salah di skrin TV stadium kami.”

“Kami memohon maaf di atas kesilapan itu dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk tindakan sedemikian.”

MABA kemudian sekali lagi menulis mohon maaf kerana mereka telah berusaha membangunkan sukan bola keranjang di Malaysia.

“Tolong maafkan kami, kerana kami sentiasa berusaha untuk membangunkan dan mengembangkankan sukan bola keranjang di Malaysia,” utus MABA melalui kenyataan di Facebooknya malam tadi.

Sementara itu, Malaysia Gazette melaporkan Westports Holdings Berhad (Westport) masih menunggu penjelasan daripada MABA dan kontraktor yang terlibat berhubung paparan klip video bendera Malaysia yang dengan 5 bintang itu.

Westport adalah antara penaja rasmi Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 yang berlangsung dari 25 November hingga 1 Disember ini.

Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku. Ianya satu kesilapan yang sangat memalukan.

Diharap perkasa seperti ini tak akan berulang lagi di masa akan datang, termasuk pada acara dan majlis lain.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.