Isteri Thiago Silva Perlekeh Robertson Dan Tottenham Hotspur Di Media Sosial

Isteri Thiago Silva menyindir Andy Robertson dan Tottenham Hotspur di media sosial dan ia mendapat perhatian dari para peminat.

Selepas aksi debut yang tidak begitu baik ketika Chelsea terikat 3-3 bertemu West Brom, Thiago Silva kini merupakan antara pemain penting dalam sistem pertahanan Frank Lampard.

Beliau mengawal barisan pertahanan Chelsea dengan begitu baik dan sempurna, dan Silva memberi impak yang positif dalam skuad the blues.

Beliau mengekalkan reputasi sebagai pemain centre-back yang berkualiti sama seperti ketika aksinya bersama AC Milan dan Paris Saint Germain sebelum ini walau beliau sudah berusia 36 tahun.

Ketika beliau sedang mempamerkan aksi yang cukup mengagumkan dalam padang, isterinya, Isabelle da Silva pula sibuk mencari muka dengan mencipta pelbagai kontroversi di media sosial.

Ketika pertahanan Liverpool, Robertson berkongsi klip video di Tiktok yang memperlihatkan beliau menewaskan Jorginho dengan skill yang menakjubkan, Isabelle memberi komen dengan menyatakan:

“Chill lebih bagus dari kamu kawan, kamu bahkan kalah kepada Southampton.”

Namun beliau tidak hanya berhenti di situ sahaja, Isabelle kemudiannya turut menyindir pasukan Tottenham Hotspur di media sosial.

Beliau menjawab satu soalan dari pengikutnya yang meminta untuk menamakan pasukan seteru utama mereka, dengan tidak menyebut nama sebenar pasukan itu, lalu Isabelle menjawab:

“Pasukan seteru saya tidak mempunyai Piala.”

Lampar sendiri mengakui bahawa beliau tidak begitu yakin untuk membawa Thiago Silva ke Stamford Bridge kerana usia pemain itu.

“Saya masih ingat bagaimana beraksi dalam saingan premier league ketika berusia 36 tahun dan saya tidak bermain seperti Thiago.”

Jelas Frank Lampard.

“Saya kadang bermain dan kadang tidak, saya tidak boleh bermain setiap minggu kerana saya tidak boleh memberi yang terbaik ketika di usia itu.”

“Saya sedikit tidak yakin untuk membawa Thiago ke sini pada awalnya, tapi saya tahu dia pemain yang hebat, cuma saya tidak pasti sama ada dia boleh bermain dalam saingan premier league.”

“Dia bermain dengan cukup bagus dan mungkin saya tidak patut terkejut kerana dari pemerhatian saya melihat dia bekerja keras dan bagaimana dia berusaha untuk bersaing dalam liga ini.”

“Dia bersedia dengan cukup baik, dia sangat berdedikasi, dia membaca permainan dengan cukup bagus dan keinginan dia untuk menang membantu rakan sepasukan lain untuk beraksi dengan lebih bersemangat.”

“Dia bijak dalam mengkaji sesuatu dan saya rasa dia pasti akan menjadi seorang pengurus yang hebat kalau dia mahu. Dia merupakan penandatanganan yang bagus untuk kami baik dalam mahupun di luar padang.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.