Isteri Riyad Mahrez Buat Anthony Joshua Tergoda

Bekas isteri Riyad Mahrez, Rita Johal memiliki pesona kecantikan tak terkata sehingga mampu membuatkan petinju Anthony Joshua tergoda.

Rita Johal kini dikatakan bersedia membuka lembaran baharu dalam kehidupannya setelah bercerai dengan Riyad Mahrez pada awal tahun 2020 ini.

Khabar angin sebelum ini tersebar mengatakan hubungan Mahrez dan isterinya retak kerana kehadiran orang ketiga.

Mahrez dikatakan menuduh Rita Johal mempunyai hubungan suit dengan pentinju British, Anthony Joshua.

Namun hakikatnya Rita dan Anthony tidak pernah dilihat berdua-duaan sebelum ini, walaupun sumber yang dekat dengan kedua-duanya mengatakan hubungan diantara kedua-duanya bermula sejak Disember 2019 lagi.

Segalanya dikatakan bermula ketika Rita dan rakan-rakannya menghadiri sebuah kelab malam Tape, yang terletak di Mayfair, London.

Anthony Joshua dikatakan menjemput Rita dan rakan-rakannya untuk duduk semeja.

Bagaimanapun peninju itu hanya menyedari bahawa Rita Johal sebenarnya adalah isteri orang pada ketika itu, dan terus memadam niatnya mendekati model berdarah Inggeris tersebut.

Namun selepas Rita Johal sudah sah bercerai dan kini berstatus single, Anthony Joshua sudah tidak ragu untuk mendekatinya.

Kedua-duanya pernah kelihatan menghabiskan masa bersama di sebuah pesta baru-baru ini di sebuah bar, The Hart Lounge di utara London.

Perka

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.