Isteri Angel Di Maria meluahkan kemarahan luar biasa mengenai perpindahah mereka ke England dan menggelar bandar Manchester sebagai ‘s**thole.’
Di Maria berhijrah ke Manchester United pada 2014 untuk rekod British pada ketika itu dengan nilai £59.7 juta.
Namun pemain sayap berusia 32 tahun itu melalui tempoh yang sukar di England, hanya melakukan 27 penampilan dan menjaringkan tiga gol sepanjang semusim di Old Trafford.
Di Maria gagal mengulangi pencapaian beliau di Real Madrid, dan United kemudiannya menjual pemain itu ke Paris Saint-Germain pada 2015 dengan nilai £48.7 juta.
Pengalaman di Manchester
Isteri kepada Di maria, Jorgelina Cardoso kini berkongsi pengalaman mengikuti suaminya ke Old Trafford dan bagaimana kehidupan di England memberikan beliau pengalaman buruk.
“Saya masih ingat bagaimana Angel datang kepada saya dan berkata,” Ada tawaran dari Manchester United. Mungkin dari segi kewangan kita akan lebih terjamin,” kata Cardoso kepada Los Angeles de la Manana.
“Kami bergaduh kerana itu . Saya berkata tidak sama sekali, dan beliau boleh pergi seorang diri saja. ‘Tidak, ayuh kita pergi,’ balas beliau.
Angel Di Maria’s wife has launched a stinging attack on Manchester and the people who live there 😳https://t.co/3SIVGynqwS pic.twitter.com/pyGhbMlVBZ
— ESPN FC (@ESPNFC) May 6, 2020
“Ia melibatkan banyak wang, dan selepas itu mereka di Sepanyol menggelar kami pengejar wang. Mereka betul!
“Jika anda bekerja dengn sebuah syarikat, dengan banyak pertandingan yang menawarkan bayaran dua kali ganda, anda harus ambil!
“Sya tidak mahu ke Manchesyer kerana saya pernah bersama Giannnina Maradona yang mengahwini Sergio Aguero. Kami terbang dari Madrid ke kediaman mereka di Manchester untuk tinggal selama dua atau tiga hari.
“Ia amat teruk! Segala-galanya teruk. Sebaik sahaja sampai, kami mahu berkata, ‘Jumpa lagi nanti, kami magu keluar dari sini.’ Selepas kami kembali ke Madrid, saya berkata kepada Angel, ‘Pergilah ke mana-mana negara– kecuali England.”
Wanita England kurus, hodoh
Cardoso tidak berhenti di situ sahaja dalam kritikannya terhadap Manchester. Beliau turut melabel wanita di sana sebagai kurus, hodoh dan pelik!
“Bagaimanapun selepas setahun, kami sekali lagi ke Manchester. Ia adalah s**thole. Saya tidak gemarkan ia langsung.
“Wanita di sana adalah kurus, hodoh dan….pelik.
“Anda berjalan di lorong dan anda tidak tahu sama ada mereka akan membunuh anda. Makanannya juga sangat teruk.
“The women are all skinny, prim and proper… weird. You’re walking down the street and you don’t know if they’re going to kill you or what."https://t.co/5lWEsPiqHu
— talkSPORT (@talkSPORT) May 6, 2020
“Semua gadis dihias seperti patung, dan saya sambil bersangul dan tanpa sebarang make-up.”
Di Maria menjadi watak dibenci di kalangan penyokong United setelah pemain itu memaki hamun penyokong Unted ketika PSG berkunjungke Old Trafford di pertandingan Champions League pada musim lalu.
Pemain itu juga dilaporkan berkata beliau amat benci bermain untuk United di bawah kendalian Louis van Gaal.