Conor McGregor merupakan pertarung UFC yang paling popular di dunia dan semua orang tahu sikap panas baran beliau.
McGregor semalam menyerah diri ke balai Polis New York selepas menyerang bas yang membawa ‘fighters’ UFC. Dana White sebelum ini menyatakan NYPD sudah mengeluarkan waran untuk menangkap McGregor.
Dana White turut menganggap insiden itu sebagai yang paling memalukan dalam sejarah jenama UFC. Dalam insiden tersebut, seorang petinju UFC dilaporkan tercedera dan dikejarkan ke hospital.
Pertuduhan ke atas McGregor akan difailkan pada hari ini (Jumaat). Dalam kejadian tersebut yang dimuat naik oleh TMZ, McGregor dan beberapa individu lain telah menimbulkan kekacauan.
Polis cuba menghalang McGregor yang dilihat mahu mengejar bas yang turut membawa musuh beliau, Khabib Nurmagomedov. Itulah punca kenapa McGregor menyerang bas tersebut.
Timbalan UFC, Reed Harris menganggap kejadian itu membuatkan beliau sangat cemas dan risau ada nyawa akan melayang. McGregor dan kumpulan beliau merempuh pagar dan McGregor kelihatan mencapai trak tangan (hand truck) besi dan mebalingnya ke arah tingkap bas.
Beberapa individu tercedera dalam insiden itu dan 2 orang atlet UFC tidak dapat bertanding dalam UFC 223 seperti yang diwar-warkan. Michael Chiesa dikejarkan ke hospital kerana terkena serpihan tingkap bas yang pecah akibat balingan McGregor.
UFC dalam kenyataan mereka telah mengutuk tindakan McGregor dan Artem Lobov yang menceroboh kawasan tersebut bersama kira-kira 12 orang lagi. Mereka telah merosakkan bas.
“UFC telah menyingkirkan nama Lobov daripada acara ‘weigh-in’ pada Sabtu ini di Barclay Center. Semua individu yang mencteuskan kekacauan itu tidak dialu-alukan dalam acara ini.”
Ia pastinya tamparan hebat kepada Dana White yang sebelum ini sudah lama menantikan kehadiran McGregor yang merupakan petinju UFC yang berpengaruh.
Sebelum ini Dana White agak kecewa kehilangan Ronda Rousey ke WWE dan beliau ada menyindiri WWE dengan beberapa kenyataan sinis.
The Washington Post melaporkan, McGregor bengang dengan kenyataan Presiden UFC, Dana White yang menjadikan pertarungan Max Holloway dan Khabib Nurmagomedov sebagai pertarungan untuk kejuaraan UFC lightweight tanpa perlu melalui kelayakan untuk kejuaraan.
Dana White juga mengumumkan yang 2 tali pinggang kejuaraan pada McGregor harus dikembalikan kepada UFC. Dana White juga menyatakan yang kejuaraan McGregor sudah tidak laku sejak Disember lalu.
McGregor sudah tidak masuk octagon sejak November 2016 dan Dana White menganggap McGregor tidak berminat untuk mempertahankan kejuaraan beliau. McGregor menjawab sebelum ini:
“Saya masih lagi ‘two way champion’. Jika anda mahukan tali pinggang ini datang berhadapan dengan saya di rumah dan ambilmnya di sini. Tali pinggang itu ada di ini.”
TMZ menjangkakan UFC dalam dilema sama ada akan menyingkirkan McGregor daripada francais mereka selepas ini. Ini selepas apa yang dilakukan oleh McGregor dianggap melampau.
Jika UFC tidak menyingkirkan McGregor mungkin petinju UFC yang lain akan rasa tak puas hati dan menganggap UFC memberikan layanan double standard kepada McGregor.