Pierre Emerick Aubameyang baru sahaja melakukan satu bentesan yang sangat bahaya ataupun memudaratkan ke atas pemain lawan dalam kunjungan Arsenal ke Selhurst Park berhadapan dengan Crystal Palace.
Arsenal turun dengan kesebelasan yang sama buat pertama kali musim ini.
Arteta berhadapan dengan veteran Roy Hodgson. Agak menarik kerana Wilfried Zaha, yang mahu menyertai Arsenal pra musim lalu juga berada dalam pasukan utama Palace.
Kapten Arsenal itu sepatutnya tidak melakukan perkara seperti itu di dalam perlawanan ini.
Aubameyang terlebih dahulu menjaringkan gol cantik untuk pasukannya yang terhasil daripada 18 hantaran.
Pierre-Emerick Aubameyang has scored nine of Arsenal’s 12 away goals in the Premier League this season (75%).
9 Aubameyang
1 Torreira
1 Martinelli
1 Pepe#afc pic.twitter.com/hXMt4s0s8o— afcstuff (@afcstuff) January 11, 2020
Arsenal sangat dominan pada separuh masa pertama. Langsung tak memberikan peluang kepada lawan mereka.
Namun selepas itu, Arsenal bolos pada separuh masa kedua. Arsenal menjaringkan gol penyamaan menerusi Jordan Ayew pada minit ke-54 perlawanan.
Jordan Ayew has now scored home and away against Arsenal in the Premier League this season.
A huge deflection to help this one in though. ↩️ pic.twitter.com/BcwGsPcb5T
— Squawka Football (@Squawka) January 11, 2020
Selepas itu, Arsenal mulai hilang fokus. Mereka mulai hilang dominasi di dalam perlawanan.
Hari menjadi lebih malang buat Aubameyang. Ini apabila penyerang dari Gabon itu melepaskan rasa kecewanya ke atas beberapa situasi dengan menerjah keras lawannya.
Beliau melakukan tackle bahaya menerusi satu terjahan dengan membenamkan kaki lawannya di atas permukaan padang.
Pierre Emerick Aubameyang melakukan terjahan bahaya itu ke atas Max Meyer. pada awalnya pengadil hanya memberikan kad kuning.
Namun selepas campur tangan VAR, kad kuning itu ditukar menjadi kad merah. Arsenal terpaksa mengharungi baki perlawanan dengan 10 orang pemain berhadapan dengan Crystal Palace.
—Aubameyang booked for challenge on Max Meyer
—VAR review
—Yellow card taken back
—Aubameyang sent off pic.twitter.com/us2Xqz0QPU— B/R Football (@brfootball) January 11, 2020
Ia jelas sekali bentesan yang sukar untuk diterima dilakukan oleh ketua pasukan Arsenal itu, yang dikenali dengan perwatakan yang sangat tenang di atas padang.
Ia adalah satu bentesan yang sangat bahaya dan boleh menyebabkan pemain lawan patah kaki jika impak itu lebih kuat.
Max Meyer terselamat daripada patah kaki. Aubameyang tidak membantah keputusan VAR itu kerana tahu tindakan bodoh yang telah beliau lakukan.
https://twitter.com/i/status/1215997552149004290
https://twitter.com/i/status/1215997977430544385
Max Meyer tidak dapat meneruskan perlawanan pada aksi tersebut dan terpaksa dikeluarkan. Beliau bagaiamanapun tidak dikejarkan ke hospital kerana tidak ada kecederaan yang lebih serius.
Beliau digantikan oleh Cenk Tosun yang baru sahaja ditandatangani secara pinjaman dari pasuka Everton.
Ini merupakan kali pertama Pierre Emerick Aubameyang mendapat straight red di dalam kariernya.
Pierre-Emerick Aubameyang has received a straight red card for the first time in his career.
VAR upgrades the yellow. 🟥 pic.twitter.com/cVCKjPIWpf
— Squawka Football (@Squawka) January 11, 2020
Aubameyang meninggalkan padang lebih awal. Mikel Arteta kemudian mengeluarkan Mesut Ozil untuk memasukkan Martinelli.
Peristiwa itu pasti mengingatkan Mikel Arteta kepada inside 2013 melibatkan beliau sendiri berhadapan dengan Crystal Palace.
https://twitter.com/Fushima19/status/1216000185706283008
Aubameyang juga menjadi pemain Arsenal yang ketiga di dalam sejarah The Gunner, menerima straight red selepas menjaringkan gol dalam perlawanan yang sama.
3 – Pierre-Emerick Aubameyang is the third Arsenal player to score and be sent off in the same Premier League match, and the first since Mikel Arteta vs Crystal Palace at Selhurst Park in October 2013. Repeat. #CRYARS pic.twitter.com/2Gbh7Z8JpY
— OptaJoe (@OptaJoe) January 11, 2020
Arsenal hanya mampu seri di Selhurst Park berhadapan dengan Crystal Palace. Sekaligus mempersia-siakan peluang mereka untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga.