Ini Sebab Mengapa Antonio Conte Dianggap Antara Pengurus Terhebat Dalam Sejarah Dunia Bola Sepak

Skuad kendalian Antonio Conte telah ditabalkan sebagai Juara baru saingan Serie A malam semalam, seterusnya mengakhiri dominasi Juventus dalam pentas utama bola sepak Itali.

Conte merupakan individu yang banyak membantu Inter Milan memenangi gelaran liga pertama mereka dalam tempoh 11 tahun ini.

Kejayaan beliau mengakhiri dominasi Juventus dalam saingan Serie A menguatkan lagi dakwaan yang mengatakan bahawa beliau merupakan pengurus terhebat dunia bola sepak ketika ini.

Inter Milan berjaya menewaskan Crotone 2-0 Sabtu lalu dan mereka telah dinobatkan sebagai Juara saingan Serie A selepas penunggu tempat kedua, Atalanta kehilangan mata ketika bertemu Sassuolo malam semalam.

Atalanta sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dan bertemu Sassuolo seterusnya mengesahkan gelaran liga kepada Nerazzurri.

Conter berjaya melakar sejarah indah dalam kariernya dengan merampas kejuaraan Serie A dari Juventus yang berjaya mendominasinya selama sembilan musim berturut-turut sebelum ini.

Pengurus berusia 51 tahun itu merupakan individu yang memulakan dominasi Juventus dalam saingan Serie A pada 2012 yang lalu sebelum bertugas sebagai pengurus skuad kebangsaan Itali.

Dan ketika musim kedua beliau mengurus Inter Milan, Conte berjaya mengakhiri dominasi bekas pasukannya itu dengan membawa Nerazzurri muncul Juara selepas mengharungi musim ini dengan sangat menakjubkan.

Para peminat di media sosial telah memberikan pujian yang menggunung atas kemampuan, kebolehan, kebijaksanaan dan kepakaran Conte sebagai pengurus Inter.

Juara saingan Serie A musim 2020/21 itu setakat ini telah berjaya mengumpul 82 mata dengan 13 mata mengatasi Atalanta dan Juventus yang berada di bawah mereka.

Skuad kendalian Antonio Conte itu hanya mencatatkan dua kekalahan sahaja sepanjang musim ini dengan berbaki empat perlawanan yang masih belum dimainkan.

Sebagai Juara baru, Inter Milan selepas ini akan meneruskan aksi saingan liga bertemu Sampdoria.

Bekas pengurus Chelsea itu juga akan berkunjung ke Turin untuk bertemu Juventus dalam aksi perlawanan terakhir saingan Liga.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.