Ini Sebab Manchester United Tidak Sanggup Musim Ini Dimansuhkan

Lembaga Pengarah Manchester United adalah antara mereka yang pertama menentang idea liga musim ini dimansuhkan ataupun tidak ditamatkan.

Ini kerana ianya akan memberikan kesan yang besar kepada kelab mereka. Manchester United akan menanggung banyak kerugian jika musim ini dibatalkan atau dimansuhkan.

Berbeza dengan Liverpool, jika musim ini dibatalkan pun UEFA dah janji akan memberikan mereka kejuaraan kerana jurang mata yang sangat jauh di atas liga.

Tetapi untuk United, mereka akan berputih mata dan perjuangan mereka menjadi sia-sia.

Pertamanya, dari segi kewangan, Man United akan menelan kerugian yang besar jika musim ini tidak ditamatkan ataupun dimansuhkan seperti cadangan pemain terbaik tahunan mereka Luke Shaw.

Menurut Daily Mail, United akan rugi sekurang-kurangnya £116 juta jika musim ini tidak ditamatkan kerana pandemik koronavirus.

Jumlah itu adalah daripada hak penyiaran, kutipan pada hari perlawanan serta keuntungan komersial yang lain

Bayaran hak penyiaran membuatkan mereka akan rugi £48 juta jika musim ini tak dimatakan.

Seterusnya untuk pendapatan pada hari perlawanan, United berpotensi kehilangan £17.6 juta lagi.

Paling tinggi adalah keuntungan komersial yang lain, yang datang daripada penaja di dalam dan luar negara. Di mana ia sekitar £50.8 juta. Jumlah keseluruhannya adalah £116.4 juta.

Bukan itu sahaja, tidak seperti Liverpool yang dijanjikan kejuaraan liga, Man United mungkin akan terlepas slot ke liga juara juara Eropah.

Pasukan di England musim lalu menjana pendapatan £80 juta semusim daripada UCL sahaja.

Jika berjaya menjadi juara, angka itu akan menjadi lebih tinggi.

Ini akan membuatkan mereka sekali lagi kehilangan hak penyiaran yang sangat tinggi. Man United terlepas UCL musim ini. Di mana impak daripadanya mereka sangat rasai.

Mereka sudah berbelanja besar mendapatkan pertahanan termahal di dunia dan kemudian membeli Aaron Wan Bissaka serta mendapatkan Bruno Fernandes pada Januari.

United terpaksa mengaktifkan klausa pengurangan gaji 25% daripada gaji pemain. Kesan lain, mereka terpaksa menawarkan gaji yang sangat tinggi kepada para pemain seperti De Gea, Marcus Rashford dan Anthony Martial untuk lanjutan kontrak.

Ini bagi membolehkan pemain tersebut terus kekal walaupun tanpa Liga Juara Juara Eropah.

Lebih mustahak, Paul Pogba antara pemain yang mungkin akan meninggalkan kelab jika mereka gagal bermain di Liga Juara Juara Eropah sekali lagi.

Hal ini kerana pemain seperti Pogba hilang hak komersial secara persendirian kerana gagal bermain di pentas tertinggi.

Bukan itu sahaja, United kemungkinan akan terpaksa menjual beberapa bintang mereka untuk mengimbangi akaun mereka.

Beberapa bulan lalu, United dilaporkan semakin merasai impak penurunan pada pendapatan tahunan. Malah pasukan seperti Liverpool dan Man City dilaporkan memintas mereka.

Berdasarkan kedudukan semasa sebelum liga ditangguhkan, Man United berada di tangga ke-5 dalam carta liga.

Untuk slot ke Eropah, persaingannya sangat rapat.

Dan jika Man City gagal dalam rayuan sekalipun, United mungkin akan mengharungi play off untuk ke UCL.

The Times sebelum ini melaporkan bahawwa, kelab seperti Sheffield United, Arsenal dan Spurs menentang idea memansuhkan liga dengan memberikan slot UCL kepada United, jika City tidak berjaya dalam rayuan mereka di CAS.

Malah, bekas pemain United sendiri iaitu Wayne Rooney juga menyatakan bahawa, isu juara bukan masalah di EPL. Tetapi isu menentukan siapa ke UCL dan siapa yang tersingkir akan menjadi isu lebih utama.

Ini kerana, semua pasukan mahu ke UCL dan Rooney menjangkakan akan banyak kes turun naik mahkamah kerana slot UCL, jika ia ditentukan dengan cara yang tidak memuaskan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.