Juara Bantamweight UFC Amanda Nunes mengesahkan yang beliau akan beraksi dalam UFC 224 namun begitu ianya bukan menentang juara UFC featherweight Cris Cyborg. Sebaliknya beliau akan menentang Raquel Pennington.
Sebelum ini, dalam ucapan kemenangan Cyborg ke atas Yana Kunitskaya, Cyborg mahu bertemu Nunes di dalam octagon.
“Saya tahu, orang Brazil lawan orang Brazil tu kedengaran menyedihkan. Tetapi kami harus realisasikan pertarungan ini. Apabila anda cabar Cyborg dan anda harus bertanggungjawab dengannya.”
Bos UFC, Dana White turut memberitahu yang beliau akan teruja dengan perlawanan di antara 2 petarung terbaik wanita dalam UFC itu, buat masa ini.
Namun selepas beberapa perbincangan dibuat, ada masalah dari segi kekangan masa untuk mengadakan pertemuan Nunes-Cyborg. Lagipun pertemuan di antara Amanda Nunes dan Raquel Pennington sudah lama ditetapkan.
Cyborg baru tamat UFC 222 yang beliau dipanggil secara mengejut pada 3 minggu sebelum pertarungan. Cyborg sudah beraksi di Octagon 3 kali dalam masa 7 bulan terakhir.
Dana White membayangkan pertarungan Nunes dan Cyborg akan tetap berlangsung dalam masa terdekat ini dengan UFC 225 ataupun UFC 226 sebagai sasaran.
Pertarungan Amanda Nunes dan Raquel Pennington akan berlangsung di Brazil. Dalam acara yang sama satu peratrungan ‘all Brazillian’ berlangsung iaitu di antara Vitor Belfort dan Lyoto Machida.
Nunes sebelum ini menang dengan keputusan ‘split’ oleh juri dalam pertarungan menentang Valentina Shevchenko pada UFC 215 yang lalu. Selepas kemenangan inilah Nunes mencabar Cyborg untuk berlawan.
Itu yang membuatkan Cris Cyborg rasa panas hati dan berharap Nunes menunaikan cabaran itu kerana beliau sudah bersedia setiap masa. Nunes sekarang sedang dalam 6 kemenangan berturut-turut.
Pennington memegang rekod 8-5 dan menang dalam 4 pertarungan terakhir beliau. Hanya 2 dengan ‘split decision’. Pennington sudah lama tidak beraksi sejak UFC 205 pada November 2016, acara terakhir Conor McGregor setakat ini.
Pennington bercuti lama kerana masalah kecederaan di bahu beliau. Pennington terpaksa menjalani pembedahan kerana patah kaki selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Pennington dianggap antara petarung yang semakin meningkat naik sebelum ini. Namun mampukah beliau bangkit daripada 2 siri kecederaan serius itu dan mengejutkan Amanda Nunes?
Sama-sama kita nantikan pertembungan mereka. Dan pada masa yang sama kita semua pasti mengharapkan pertarungan Cris Cyborg Justino dan Amanda Nunes akan berlangsung dalam tahun ini juga.