Satu gambar telah tukar di media sosial memaparkan para pemain Bayern Munich tanpa tangan. Adakah ia gambar yang digunakan untuk santau ilmu hitam, sihir dan sebagainya?
Sebenarnya gambar itu telah dimuatnaik oleh akaun Twitter rasmi Schalke O4, Amerika Syarikat selepas aksi menentang Bayern Munich.
Kenapa tiada tangan?
Schalke bengang dengan pengadil yang dilihat tidak memberikan penalti ataupun ‘handball’ kepada Schalke meskipun bola terkena tangan pemain Bayern Munich.
¯_(ツ)_/¯ pic.twitter.com/50sVFgL9kN
— Schalke 04 USA🇺🇸 (@s04_us) August 24, 2019
Schalke merasakan diri mereka telah ditipu dalam perlawanan tersebut.
nur noch die Szene ( von @maaj1904YT ) pic.twitter.com/LtuIS8sZFg
— Luca (@Luca_I904) August 24, 2019
Dalam perlawanan tersebut Schalke 04 tewas 0-3, selepas hatrik oleh Robert Lewandowski.
Bundesliga merupakan liga yang terawal di Eropah, menggunakan sistem VAR. Namun untuk insiden handball dalam perlawanan tersebut, ianya tidak membantu sekalipun.
🤷🏻♂️ pic.twitter.com/2LtmXvRN5W
— Luca (@Luca_I904) August 24, 2019
Setakat ini, selepas 2 perlawanan Bayern sudah mengumpul 4 mata. Manakala Schalke hanya 1 mata.