Ini Rupa Kereta Formula 1 Bermula Musim 2021

Sukan Formula One kian sukar untuk mengaut publisiti seperti dahulu. Lalu pihak F1 mengambil langkah drastik untuk mengembalikan kegemilangannya.

F1 turut mengeluarkan gambar kereta F1 yang akan bersaing pada 2021 dan seterusnya. F1 memutuskan bermula musim 2021, perlumbaan kereta itu akan menggunakan rekaan kereta baharu, dan juga peraturan baharu.

Antara peraturan yang diperkenalkan adalah peraturan baru untuk kawalan kos untuk membantu meningkatkan lagi publisiti dan tahap persaingan sukan ini.

Semua orang pastinya menunggu bagaimana agaknya rupa kereta F1 pada 2021 nanti. Twitter rasmi F1 telah memuat naik  4 gambar yang memaparkan kereta F1 pada 2021, dari pelbagai sudut pandang.

Gambar kereta itu ditambah dengan kapsyen: “Katakan hello kepada masa depan F1. Kira turun musim 2021 bermula sekarang….”

Kereta kali ini nampak lebi aerodinamik dan compact. Pihak F1 mengesahkan mereka baru sahaja mendapatkan lampu hijau daripada Jawatankuasan Sukan Permotoran Dunia.

Ia langkah asas yang penting untuk F1 terus cuba mengekalkan pengaruhnya dalam sukan permotoran.

Ketua Liberty Media, Chase Carry berkata: “Formula 1 adalah sukan pemotoran yang hebat dan penuh dengan sejarah unggul, hero dan peminat di seluruh dunia.”

“Kita sangat menghormati DNA Formula 1 yang merupakan gabungan daripada sukan yang sengit, bakat unik serta pelumba yang bersemangat, memberikan dedikasi kepada pasukan serta teknologi terkini.”

“Matlamat kami sentiasa mahu meningkatkan tahap persaingan dan juga aksi di atas trek. Pada masa yang sama mahu menjadikan sukan ini lebih sihat dan meningkatkan perniagaannya.”

“Peraturan baharu telah disahkan oleh Jawatankuasan Sukan Permotoran Dunia. Ia akan membantu sukan ini mempamerkan aksi perlumbaan yang lebih baik kepada peminat kami.”

“Peraturan-peraturan baharu ini kami sudah gubal, mengambil masa 2 tahun untuj diproses, selepas beberapa ujian teknikal, isu kesukanan dan juga kewangan, dalam usaha kita membangunkan pakej dan regulasi.”

“Kami membuat banyak perubahan semasa proses kami menerima input daripada pasukan dan pihak berkepentingan lain.”

“Dan kami yakin, kami mencapai matlamat yang telah kami tetapkan. Peraturan-peraturan baru ini merupakan langkah penting, namun ini adalah proses yang berterusan dan kami akan terus memperbaiki peraturan ini.”

“Kami mengambil langkah selanjutnya untuk membolehkan sukan kami berkembang dan mencapai potensi sepenuhnya.”

“Salah satu inisiatif yang paling penting yang akan kita pelajari ketika kita maju adalah impak sukan kita dengan persekitaran pada hari ini.”

“Kami sudah mempunyai enjin yang paling berkuasa di dunia dan dalam beberapa minggu akan datang kami akan melancarkan rancangan untuk mengurangkan kesan negatif daripada persekitaran, kepada sukan dan perniagaan kami.”

“Kami sentiasa berada di kemuncak industri automotif dan kami percaya kami dapat memainkan peranan penting dengan kempimpinan kami dalam isu kritikal.”

Macamana korang semua? Dah sedia dengan musim baharu F1? Dan kembali menonton semula F1?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.