Ini Punca Mengapa Ronaldo Menggunakan Nama Ronaldinho Di Awal Kariernya

Ronaldo Luis Nazario de Lima lebih dikenali sebagai Ronaldo merupakan legenda bola sepak Brazil yang sungguh disegani.

Akan tetapi, ketika di awal karier antarabangsanya bermula, beliau dipanggil dengan nama Ronaldinho.

Beliau dipanggil ‘R9’ kerana mudah untuk membezakannya dengan penyerang Juventus Cristiano Ronaldo.

Ronaldo Nazario merupakan seorang penyerang terhebat di zaman beliau dan tentunya beliau akan lebih hebat sekiranya tidak diganggu beberapa siri kecederaan yang serius.

Walau bagaimanapun, ketika beliau mula-mula membuat kemunculan untuk skuad kebangsaan Brazil, Ronaldo tidak dikenali dengan nama asalnya dan beliau memilih untuk memakai nama Ronaldinho di belakang jersinya.

Ketika berusia 17 tahun, beliau merupakan salah seorang pemain yang membantu Brazil menjuarai Piala Dunia pada tahun 1994 di United States.

Ketika itu beliau tidak begitu berperanan dalam skuad dan ketika itu beliau menggunakan nama Ronaldo Rodrigues de Jesus.

Sebelumnya beliau menggunakan nama Ronaldo dan ketika itu beliau diberi gelaran Ronaldao atau Big Ronaldo.

Dua tahun kemudian, hanya beberapa bulan sebelum beliau dinamakan sebagai FIFA World Player Of The Year untuk pertama kalinya, Ronaldo Nazario telah tersenarai untuk mewakili skuad Olimpik Brazil.

Ronaldo Nazario de Lima memakai jersi bernombor 18 ketika itu dan menggunakan nama Ronaldinho di belakang jersinya.

Ini kerana ketika itu pemain pertahanan Brazil, Ronaldo Guiaro telah menggunakan nama Ronaldo di belakang jersinya, jadi Nazario de Lima memilih untuk menggunakan nama Ronaldinho.

Ronaldinho atau Ronaldo ketika itu digandingkan dengan bintang Middlesbrough, Juninho Paulista yang memakai jersi bernombor 9.

Semasa kejohanan itu berlangsung, Ronaldo Nazario berjaya menjaringkan lima gol termasuk gol kemenangan ketika menewaskan Nigeria di peringkat kumpulan untuk membawa Brazil mara ke peringkat seterusnya.

Ronaldo Nazario dalam kejohanan itu berjaya membantu skuad Olimpik Brazil untuk memenangi pingat gangsa.

Dan sudah pastinya Ronaldo de Assis Moreira akan terus dikenang sebagai Ronaldinho yang asli walaupun ketika awal kariernya beliau menggunakan nama Ronaldinho Gaucho pada tahun 1999.

Beliau menggunakan nama itu oleh kerana wilayah asalnya di Brazil sama seperti Juninhos yang menggunakan nama Paulista dan Pernambucano.

Ronaldo Nazario pula sudah dianggap bintang sejak dari Piala Dunia 1998, namun Brazil tewas kepada Perancis dalam perlawanan akhir ketika itu.

Beliau kembali beraksi dengan lebih cemerlang pada Piala Dunia edisi seterusnya iaitu pada tahun 2002 dan membantu Brazil untuk muncul sebagai Juara.

Piala Dunia 2006 merupakan edisi terakhir Ronaldo Nazario beraksi dan beliau masih mampu untuk menjaringkan gol ketika itu.

Beliau mengakhiri karier antarabangsanya dengan menjaringkan 62 dari 98 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.