Ini Punca Mengapa Benzema Menyatakan Vinicius Bermain Menentang Rakan Sepasukan Sendiri

Selepas menerima kritikan dari rakan sepasukannya, Karim Benzema, rangkuman aksi dari Vinicius Junior ketika beraksi dalam perlawanan liga Juara-juara bertemu Borussia Monchengladbach telah didedahkan.

Terdapat satu rakaman yang memperlihatkan Benzema sedang berbual dengan Ferland Mendy ketika para pemain sedang bersiap sedia dalam terowong untuk masuk ke padang.

Penyerang Real Madrid itu didakwa telah mengutuk Vinicius yang mana ketika itu pemain muda Los Blancos itu berada tidak jauh dari Mendy dan Benzema.

“Dia buat apa yang dia nak buat.”

Kata Benzema kepada Mendy menurut Telefoot.

“Jangan main dengan dia, kawan. Dia bermain menentang kita.”

Benzema jelas sama sekali tidak memberikan bola kepada pemain muda Brazil itu pada babak kedua permainan.

Beliau juga hanya memberikan Vinicius Junior bola sebanyak tiga kali sahaja pada babak pertama permainan.

Hasil penelitian dari rangkuman aksi Vinicius dalam perlawanan semalam jelas memberi gambaran mengapa Benzema begitu kecewa dengan rakan sepasukannya itu.

Walaupun produk akademi Flamengo itu mempunyai kemahiran menggelecek yang cukup hebat dan mempunyai sentuhan yang menarik, beliau juga sebenarnya sangat cuai ketika bersama bola.

Dalam perlawanan semalam, Vinicius Junior jelas beberapa kali telah kehilangan bola dan kerap menjadi punca Madrid hilang penguasaan ketika menyerang.

Beliau turut terlepas peluang keemasan ketika Federico Valverde membuka ruang yang cukup untuk beliau sepatutnya menjaringkan gol.

Vinicius Junior juga telah mendapat penilaian paling rendah dari MARCA dalam penilaian pemarkahan pemain mereka dalam perlawanan tersebut.

Ketika Real Madrid ketinggalan 2-0 kepada pasukan dari Jerman itu, Vinicius Junior telah dikeluarkan pada minit ke-70 dan digantikan dengan Eden Hazard.

Real Madrid berjaya bangkit dengan menjaringkan dua gol di minit akhir perlawanan menerusi Benzema dan Casemiro untuk mengelakkan mereka dari tewas dalam dua perlawanan berturut-turut dalam saingan liga Juara-juara musim ini.

Borussia Monchengladbach pula berjaya menjaringkan dua gol awal pada minit ke-33 dan minit ke-58 menerusi bintang sensasi mereka Marcus Thuram.

Marcus Thuram pada minggu lalu terpaksa menggoogle dirinya sendiri ketika beliau diminta memberikan id nya untuk masuk ke stadium.

Ini bukan kali pertama Benzema mengalami masalah dengan rakan sepasukan setelah pernah bertengkar dan bercakap dari belakang mengenai Olivier Giroud dan Mathiue Valbuena.

Pada awal tahun ini, Benzema menyamakan Giroud seperti sebuah kereta Go-kart, manakala dirinya ibarat sebuah kereta Formula One.

Manakala dengan Valbuena, Benzema dituduh melakukan ugutan berkenaan sebuah video gelap.

Benzema tidak pernah lagi dipanggil menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis sejak insiden ugutan video tersebut.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.