Ini Penjelasan VAR Mengapa Chelsea Tidak Dihadiahkan Sepakan Penalti

Chelsea mungkin boleh memenangi perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford awal pagi tadi sekiranya hak mereka untuk mendapatkan sepakan penalti tidak dinafikan oleh pengadil perlawanan.

Pada minit ke-39 perlawanan, pertahanan Chelsea, Azpilicueta telah melakukan lompatan dalam kotak penalti ketika pasukannya sedang mengambil sepakan sudut.

Namun ketika itu Maguire telah meletakkan tangannya di leher ketua pasukan Chelsea itu dengan gaya seperti melakukan Headlock, dan menanduk bola keluar dari kawasan bahaya.

Ianya jelas Maguire menghalang Azpilicueta dari melakukan lompatan dan cara halangan beliau juga sangat teruk seolah-olah seperti beliau sedang bergusti dengan ketua pasukan Chelsea itu.

Para pemain Chelsea meminta pengadil perlawanan, Martin Atkinson untuk menghadiahkan mereka sepakan penalti, namun permintaan mereka tidak dilayan.

Namun adakah VAR benar-benar menyemak insiden tersebut?

Terdapat laporan dari The Athletic yang menyatakan bahawa VAR ada merujuk kejadian tersebut dan kerana permainan tersebut tetap diteruskan, maka VAR menganggap keputusan atas padang adalah tepat.

Oleh kerana itu, para peminat Chelsea sedikit marah dengan ketua pasukan mereka, Cesar Azpilicueta kerana tidak bertindak dengan betul dan lebih agresif ketika membantah keputusan pengadil perlawanan ketika itu.

Tindakan yang dilakukan oleh Harry Maguire jelas sekali salah dan ianya sepatutnya sepakan penalti untuk Chelsea.

Kebanyakkan peminat Chelsea juga menyatakan bahawa Maguire sering bernasib baik ketika beliau melakukan tindakan kasar terhadap pemain The Blues.

Tahun lalu Maguire telah menendang bahagian sulit Batshuayi namun beliau hanya dilayangkan kad kuning sahaja oleh pengadil perlawanan.

Tahun ini pula beliau telah membuat gerakkan penyudah WWE terhadap Cesar Azpilicueta, namun pada kali ini beliau sama sekali tidak dihukum oleh pengadil perlawanan.

Legenda setan merah sendiri, Patrice Evra telah menyatakan bahawa tindakan Maguire headlock kepala Azpilicueta mengingatkan beliau kepada Hulk Hogan.

Pengurus Chelsea, Frank Lampard turut terkejut dengan keputusan pengadil yang menafikan hak Chelsea untuk mendapatkan penalti dan turut menyatakan:

“Ianya sangat jelas penalti, VAR sepatutnya digunakan untuk membuat keputusan.”

Namun seandainya benar VAR menafikan penalti untuk Chelsea kerana melihat perlawanan diteruskan dan merasakan keputusan atas padang tepat, maka pihak FA harus lakukan sesuatu untuk menambah baik penggunaan sistem tersebut.

Perlawanan antara Manchester United menentang Chelsea pada awal pagi tadi berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Chelsea kini berada dikedudukan keenam dalam saingan liga dengan mengumpul sembilan mata, manakala setan merah pula berada dikedudukan ke-15 liga dengan mengumpul tujuh mata.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.