Raphael Varane tidak berselindung dan mengakui bahawa dirinya adalah punca kepada tersingkirnya Real Madrid daripada pertandingan UEFA Champions League pada awal pagi tadi.
Dua kesilapan oleh Varane dalam perlawanan menentang Manchester City membuka ruang untuk Raheem Sterling dan Gabriel Jesus untuk menjaringkan gol sekaligus membantu City menewaskan Real Madrid 2-1.
Secara agregat, skuad kendalian Zinedine Zidane tewas 4-2 dalam perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik itu.
“Saya minta maaf kepada rakan sepasukan atas seluruh usaha yang telah mereka lakukan dalam ini. Saya bertanggungjawab terhadap kekalahan ini,” kata Varane dalam temubual selepas perlawanan.
Raphael Varane takes responsibility for Real Madrid's UCL exit … pic.twitter.com/u3OW7gzHAe
— ESPN FC (@ESPNFC) August 7, 2020
Kekalahan ini bermakna Real Madrid sekadar mengulangi pencapaian musim lalu, apabila disingkirkan oleh Ajax di pusingan yang sama.
“Kami bermain dengan baik. Kami mempersiapkan diri untuk perlawanan ini dengan baik. Namun seperti yang saya katakan, walaupun hanya satu kesilapan, ia bakal memberikan impak besar dalam perlawanan seperti ini,” tambah Varane.
Kekalahan ini juga bermakna ia adalah kali pertama Zinedine Zidane tewas perlawanan pusingan kalah mati di pertandingan ini.
Namun musim Los Blancos tetap dianggap positif setelah berjaya membawa kejuaraan La Liga kembali ke Santiaga Bernabeu.
📉 Raphael Varane earned a WhoScored rating of just 4.62 in Real Madrid's 2-1 loss at Manchester City tonight; Only Joel Veltman vs Chelsea (4.27) has received lower of any outfield player in a Champions League match this season pic.twitter.com/IqAxc9sTFU
— WhoScored.com (@WhoScored) August 7, 2020
“Malang sekali dia [Varane] melakukan beberapa kesilapan. Jelas sekali kami tidak boleh gembira kerana itu,” kata Zidane.
“Kami tewas satu perlawanan dan kami tersingkir. Kami gembira dengan pencapaian pada musim ini secara keseluruhan. Inilah bola sepak. Kami tewas menentangs ebuah pasukan yang bagus, dan anda harus menerima hakikat itu.
“Kami juga berpeluang menambah jaringan. Pada babak kedua kami beraksi lebih baik. 95% apa yang kami capai pada musim ini boleh dianggap cemerlang.
“Hari ini kami menentang sebuah pasukan yang hebat dan semua pihak harus menerima kekalahan ini.”