Ini Janji Koeman Kepada Griezmann Sebelum Jumpa Messi Tempoh Hari

Tatkala Ronald Koeman telah menunjukkan kepada beberapa pemain pintu keluar dalam rombakan yang dilakukannya, perkara sebaliknya menanti Antoine Griezmann – walaupun hakikatnya pemain itu melalui musim yang sukar bersama Barcelona.

Koeman yang baru dilantik selaku pengurus pasukan menggantikan Quique Setien baru-baru ini telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemain.

Pertemuan dengan Griezmann dipercayai berlaku sebelum Koeman bertemu dengan kapten pasukan, Lionel Messi.

Pertemuan jurulatih Belanda itu dengan kaptan pasukan Barcelona berakhir dengan ketegangan yang mendorong Messi bertindak drastik menghantar surat tuntutan berpindah.

Griezmann diberi keistimewaan

Griezmann yang didatangkan dari Atletico Madrid ke Nou Camp pada musim panas tahun lalu hanya mampu menjaringkan 15 gol dari 48 penampilan sepanjang musim 2019/20.

Ia adalah statistik yang mengecewakan mengambil kira tanda harga £107 juta pemain itu. Sejak tiba di Barcelona, Griezmann sentiasa berkorban dengan beraksi di luar posisi kegemarannya.

Namun Koeman dipercayai mahu mengembalikan keistimewaan untuk beraksi di posisi kegemaran pemain Perancis itu, dan L’Equippe melaporkan Griezmann melalui perbincangan yang positif bersama Koeman mengenai perkara tersebu.

Malah sebagai tanda kasih sayang, Koeman akan memberikan jersi No.7 kegemaran Griezmann mulai musim depan. Jersi tersebut sebelum ini tiada pemilik, walaupun ketika Philippe Coutinho dipinjamkan ke Bayern Munich.

Layanan berbeza

Koeman telah menyatakan niatnya untuk memastikan Griezmann mampu menampilkan aksi terbaiknya pada musim hadapan, dengan menjadikan pemain itu sebagai penyerang utama.

“Dengan rasa hormat, Griezmann harus beraksi di posisi asalnya,” kata Koeman kepada NOS.

“Ia bukan perubahan ekstrem. Tidak sama sekali. Anda harus beraksi dengan peranan masing-masing. Inilah perkara terpenting yang harus dipastikan oleh jurulatih, mengenali pemain anda dengan baik, dan memastikan mereka menampilkan prestasi terbaik.”

Perbualan dan pertemuan dengan Griezmann jelas berbeza dengan pertemuan jurulatih itu dengan Messi.

Messi dipercayai telah dimaklumkan keistimewaan beliau di kelab itu sudah habis, dan harus berkorban untuk pasukan.

Koeman has already expressed his desire to play Griezmann centrally and get the best out of him.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.