Bruno Fernandes telah mendedahkan bahawa beliau berkomunikasi dengan Paul Pogba menggunakan bahasa Itali untuk membina keserasian antara mereka berdua sebagai pemain midfield Manchester United.
Fernandes yang menyertai setan merah pada Januari lalu mendakwa bahawa beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Pogba tidak kira dalam mahupun di luar padang.
Pemain kebangsaan Portugal itu juga menyatakan bahawa bukanlah masalah utama sekiranya Pogba berada di bangku simpanan dan beliau percaya mereka mampu untuk memberikan yang terbaik untuk kelab di masa mendatang.
Bruno Fernandes Speaks Out on Relationship With Paul Pogba & Reveals What Language They Speak Together https://t.co/k5T7VA5eBt
— English Premier League (@EPLnewsToday) November 1, 2020
Bercakap kepada Sky Sports, Bruno Fernandes telah menyatakan:
“Kami mempunyai hubungan yang sungguh baik, ya itu pasti.”
“Kami berdua biasanya bercakap dalam bahasa Itali. Saya ada hubungan yang sangat baik bersamanya tidak kira dalam mahupun di luar padang.”
“Dia seorang sahabat yang lucu, dia selalu bergurau dengan semua orang.”
“Saya sudah kenal dia sejak di Itali lagi tapi sekarang saya sudah ada kesempatan untuk beraksi sepasukan dengan pemenang Piala Dunia.”
“Ianya seperti sebuah penghargaan untuk dapat beraksi bersamanya, ini kerana saya boleh banyak belajar dari dia, dan dia juga boleh pelajari sesuatu dari saya. Kami berdua boleh mencipta sesuatu yang hebat bersama.”
Fernandes kemudian turut menambah lagi tentang keinginan Paul Pogba untuk terus beraksi sebagai kesebelasan utama dengan menyatakan:
Bruno Fernandes on Paul Pogba:
🗣 “It's always a pleasure being in a team with him because I can learn a lot from him, and he can learn a lot from me.
"Together we can do great things." [Sky Sports]
— Goal (@goal) November 1, 2020
“Paul mahu bermain, dia mahu berada dalam kesebelasan utama, ianya sama saja dengan semua pemain lain yang ada dalam skuad. Mereka semua ingin beraksi sebagai kesebelasan utama.”
“Sudah tentunya Paul seorang pemain yang sungguh mengagumkan dan telah mencapai pelbagai kejayaan yang hebat sebelum ini. Lihat saja cara dia beraksi ketika bertemu PSG dan Newcastle, ianya sangat sempurna untuk kelab.”
“Kebanyakkan orang mungkin fikir Paul marah ketika diletakkan di bangku simpanan dan dia tidak akan melakukan apa-apa ketika dia masuk kerana kemarahan dia, tetapi sebenarnya setiap kali dia masuk dia akan masuk dengan motivasi yang sempurna, buktinya lihat saja bagaimana dia mencatatkan assists di Paris.”
“Dia berada di sana, dia bermati-matian, mengawal bola di sudut tepi untuk kami, dia menjalankan tugasnya dengan cukup baik.”
“Mungkin sesetengah orang fikir dia marah kerana dia mahu bermain dan dia mahu meninggalkan kelab kerana itu. Semua orang tahu kualiti yang Paul miliki, dia menjalankan tugasnya dengan sungguh baik.”
Bruno Fernandes on Paul Pogba:
"We have a good relationship, of course. We both speak Italian so most of the time we speak Italian. I have a good relationship with him on and off the pitch."#mufc pic.twitter.com/EyPALa14qC
— United News Hub (@UnitedNewsHub) November 1, 2020
“Berada di bangku simpanan memang menjadi masalah untuk semua pemain, tapi masalah ini hanya motivasi yang baik untuk Paul.”
“Dia menjadikan masalah ini sebagai motivasi dan dia sering membantu kelab ketika dia masuk dan bermain, ianya sama seperti apa yang dia lakukan dalam perlawanan terakhir liga Juara-juara sebelum ini.”
Sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer telah menggandingkan Paul Pogba dengan Donny Van De Beek dalam aksi pertemuan bertemu RB Leipzig dalam saingan liga Juara-juara dan ianya dilihat agak berkesan.
Bruno Fernandes: "He's [Pogba] a funny guy, he always wants to joke. I know him from Italy already but now I have the chance to be in a team with a World Cup winner." #mulive [sky]
— utdreport (@utdreport) November 1, 2020
Dalam perlawanan ketika bertemu Arsenal awal pagi tadi, Ole telah menggandingkan Pogba dengan Fernandes di barisan midfield United namun hasilnya tidak memuaskan hati.