Ini Bukti Mancini Benar Benar Menjadikan Itali Kembali Menjadi Itali

Selepas pengalaman ngeri gagal melayakkan diri ke piala dunia pada 2018, Itali terus berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki prestasi pasukan mereka.

Reputasi mereka calar. Diserang dan dihentam oleh semua pihak dari kiri dan kanan. Itali gagal ke Piala Dunia merupakan satu malapetaka bagi peminat bola sepak Itali.

Itali memecat Gian Piero Ventura dan melantik Roberto Baggio sebagai pemangku.

Gian Piero dianggap jurulatih yang tidak tahu apa-apa ataupun clueless. Malah ada insiden di mana Daniel De Rossi enggan dimasukkan kerana menurut De Rossi, Gian Piero patut memasukkan penyerang yang sedang dalam prestasi terbaik ketika itu iaitu Insigne, bukannya beliau.

Itulah pertama kalinya De Rossi buat hal tak mahu ikut cakap Coach. Semuanya kerana beliau mahu Itali layak ke Piala Dunia. Dan merasakan tindakan Coach ketika itu tak betul.

Gianluigi Buffon hanya mampu menangis dan meminta maaf kepada penyokong dan berjanji bahawa Itali akan bangkit dengan para pemain muda yang mereka ada.

Itali kemudiannya berjaya mendapatkan Roberto Mancini. Setelah dilaporkan beberapa sesi pujuk memujuk untuk meyakinkan pengurus itu menggalas tugas di Itali.

Mancini ternyata memiliki aura yang kuat. Tugasan kelayakan Euro 2020 kaki ini benar-benar menunjukkan karakter beliau sebagai orang selayaknya menjadi pengurus Itali.

Mancini tegas dalam rutin latihan dan para pemain mengakuinya. Disiplin sentiasa menjadi perkara yang ditekankan oleh Roberto Mancini.

Mancini juga tidak takut. Dan beliau berani mengketengahkan bakat muda yang ada di Itali Sebab sebelum ini Itali dikritik terlalu bergantung kepada kuda tua, kecuali beberapa pemain istimewa.

Sedangkan beberapa pemain muda lagi perlu diberikan peluang untuk meningkatkan potensi mereka.

Dalam aksi kelayakan Euro 2020 yang terakhir menentang Armenia, mereka menang 9-1.

Mereka merajai kumpulan J. Menang kesemua 10 perlawanan kelayakan. Mereka tiada masalah untuk melepasi kumpulan ini seperti yang diramalkan dan sepatutnya berlaku kepada pasukan seperti Itali.

Itali menjaringkan 37 gol sepanjang kempen kelayakan. Ianya purata hampir 4 gol setiap perlawanan.

Itali cuma bolos 4 dalam 10 perlawanan kelayakan yang turut menempatkan Finland, Greece, Armenia, Liechtenstein, dan Bosnia Herzegovina.

Menjadikan mereka antara pasukan paling solid dalam kelayakan pada kali ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka mencatatkan rekod 11 kemenangan antarabangsa berturut-turut, menjadikan mereka pasukan paling cemerlang tahun ini.

Itali sangat tajam di hadapan gol dengan permainan yang kemas serta gaya Itali yang keras ketika bertahan.

Misi Itali seterusnya pastinya Euro 2020. Mereka kini sudah mulai diletakkan sebagai antara pasukan pilihan untuk kejohanan tersebut.

Mancini sendiri sudah pening nak memilih senarai 25 pemain akhir kerana lambakan kualiti pemain sedia ada.

Bagi peminat Itali di Malaysia, ini pastinya hari gembira untuk mereka. Itali antara pasukan yang memiliki penyokong yang ramai di Malaysia selain Brazil, Jerman dan England.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.