Peminat pastinya perasan bahawasanya Messi tidak akan terlibat ketika awal sepak mula setiap perlawanan, dan akan mula bermain beberapa minit selepas permainan berlangsung.
Namun, sebenarnya ada kaedah bijak yang beliau sering amalkan dan ia didedahkan sendiri oleh bekas pengurusnya, Ernesto Valverde.
Terdapat banyak perkara hebat tentang bagaimana Barcelona mempersiapkan pasukan untuk masa depan bola sepak, pengurus berusia 54 tahun yang menggantikan Luis Enrique sebagai jurulatih pada tahun 2017, menjelaskan bahawa ramai pemainnya yang bijak mentafsir permainan.
“Messi reserves the first minutes of each match for interpretation,” Valverde told the Financial Times.
“During that time, he ignores the ball and takes a walk around the opposition defence, fixing each man’s position in his head.”
[Ernesto Valverde]Leo the wizardry genius pic.twitter.com/aMUBrlnUOy
— ƒσσƭɓαℓℓ φµσƭεร (@MoviesMissed) May 2, 2019
Beliau menjelaskan kepada The Financial Times dengan menyatakan:
“Kamu tidak boleh berfikir, kamu mesti bermain ketika sudah masuk dalam padang.”
Namun beliau mengakui bahawa Messi dikecualikan dari method itu.
Messi kebiasaannya akan menggunakan awal minit permainan dalam setiap perlawanan untuk mentafsir.
Berbanding untuk terlibat dalam fasa awal minit permainan, Messi lebih memilih untuk mengabaikan bola dan membaca gaya permainan pertahanan lawan dengan berjalan santai di sekitar mereka.
🔊 Valverde: "On the field, you can’t think, you must play.” Messi is an extreme case: he reserves the “first minutes” of each match for interpretation." pic.twitter.com/HMoVGLJYBm
— BarçaTimes (@BarcaTimes) March 2, 2019
Messi akan melihat setiap gerak geri lawan dengan terperinci, kemudian beliau akan kaji bagaimana pergerakan pemain lawan sambil memikir kaedah untuk beliau lepasi mereka.
Beliau juga pada ketika itu akan mencari kelemahan pemain pasukan lawan dalam permainan mereka.
“Semakin lama permainan berjalan beliau akan masuk sikit demi sedikit. Tapi dia tahu dengan tepat di mana kelemahan pasukan lawan.”
Jelas Valverde.
How FC Barcelona are preparing for the future of football https://t.co/90mdIxGlDz
— Financial Times (@FT) March 1, 2019
Dalam siri temu bual yang sama, bekas presiden kelab, Josep Bartomeu turut mendedahkan kisah bagaimana pemain menolak untuk sertai Barca pada suatu ketika dulu, kerana bimbangkan persaingan sengit dalam kelab.
Dengan pemain seperti Messi, Xavi dan Andres Iniesta yang sudah bertahun-tahun bermain bersama, ia pastinya sukar untuk seseorang pemain masuk sebagai kesebelasan utama.
“Bukan semua pemain yang saya mahukan bakal datang ke Barcelona.”
Jelas Bartomeu.
“Saya ada contoh untuk itu tapi saya tak boleh sebut. Pemain yang sangat penting dan kini sedang bermain bersama kelab lain. Kami mengajak dia untuk datang, mereka teruja, tapi pada akhirnya dia cakap ‘ saya tidak mahu tandatangan kerana saya akan jadi pemain simpanan.”
Valverde on Messi: “Messi reserves the first minutes of each match for interpretation.
“During that time, he ignores the ball and takes a walk around the opposition defence, fixing each man’s position in his head.” 👍https://t.co/6lAVePlxCm
— Legit.ng (@legitngnews) December 26, 2019
“Kami tidak mahu mereka. Kadang kala, mereka tidak cukup hebat untuk katakan ‘di mana kamu mahu saya bermain? Xavi bermain, kenapa kamu mahukan saya? Kamu mahu saya bermain di posisi Lionel Messi? Saya tak boleh.”
Satu hal yang pasti, Barcelona tidak akan pernah mampu untuk mencari pengganti Lionel Messi dan lakukan apa yang telah dilakukan oleh pemenang enam kali gelaran ballon d’or itu.