Indonesia Tewas Lagi, Penyokong Garuda Serang Bas

“Bagaimana dengan ekseperimenmu? Tolong berambus Simon McMenemy”

Itu antara laungan penyokong Indonesia yang sangat marah dengan kekalahan ke-4 berturut-turut pasukan Garuda dalam pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Sebelum ini, mereka tewas 2-3 di tangan Malaysia, diikuti kalah 0-3 di tangan Thailand. Selepas itu, mereka dibelasah UAE 5-0. Dan berhadapan dengan Vietnam, pasukan Indonesia terkulai layu sekali lagi.

Indonesia tewas 1-3 di tangan Vietnam di hadapan penyokong mereka sendiri.

Indonesia menjadi satu-satunya pasukan dalam kumpulan G yang masih belum mengutip sebarang mata. Mereka satu-satunya pasukan yang sudah bermain 4 perlawanan setakat ini. 0 mata daripada 12 yang ditawarkan kepada Indonesia.

Para penyokong Indonesia yang hadir ke stadium di Bali sangat kecewa. Aksi di antara Indonesia dan Vietnam dipindahkan ke Bali kerana isu kesalamatan, selepas beberapa siri demonstrasi di Jakarta berkaitan dengan politik.

Sebelum perlawanan, Simon menjanjikan aksi terbaik dari Indonesia yang akan mempamerkan kualiti yang sebenar. Namun itu hanya janji kosong Simon.

Kini hasrat Indonesia untuk mara ke Piala Dunia mahupun Piala Asia seakan-akan sudah berkubur.

Kempen Simon Out terus hangat di Indonesia terutama sekali di media sosial.

Di luar stadium, usai sahaja aksi menentang Vietnam, para penyokong Indonesia menunggu di luar stadium dan menyerang bas pasukan mereka.

Para penyokong berteriak menyanyi chant yang panas kepada pasukan kebangsaan, PSSI dan Simon McMenemy.

Keadaan berjaya ditenangkan oleh pihak polis. Namun selepas itu, Simon bikin panas sekalu lagi apabila dalam sudang medianya, Simon berkata: “Saya bisa saja dibunuh oleh mereka saat berjalan menuju bas.”

Simon dalam sidang medianya juga menyatakan pasukannya sudah bermain dengan sangat baik. Dan 3 gol Vietnam adalah ehsan daripada kesilapan para pemain Indonesia.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.