Indonesia Rasminya Bida Hak Penganjuran Piala Dunia (U20) Edisi 2021

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah memuat naik video promosi bagi melobi hak penganjuran Piala Dunia (Pildun) B-20 edisi 2021.

Indonesia telah menghantar dokumen bagi bidaan rasmi untuk menjadi hos Piala Dunia B-20 tersebut. Indonesia disaingi oleh negara-negara seperti Peru, Brazil dan calon tuan rumah bersama Bahrain-Arab Saudi-UAE.

Indonesia dilaporkan telah menyelesaikan isu dokumentasi bagi bidaan menjadi tuan rumah pada 28 Ogos 2019.

Kini mereka menunggu keputusan rasmi yang akan diumumkan pada akhir September ini.

Setiausaha Kemenpora, Gatot S. Dewa Broto, meminta bantuan daripada Menteri Luar Negeri, Retno Lestari Priansari Marsudi agar mereka tidak hanya bekerja sendirian.

Gatot juga berharap bantuan daripada duta-duta besar mereka di seluruh dunia dalam membantu melobi sokongan hak penganjuran.

Sebelum ini Thailand dan Myanmar menarik diri untuk menghantar bidaan. Indonesia buat masa ini menjadi negara tunggal ASEAN yang masih berminat menjadi penganjur.

PSSI memuat naik video yang menarik menamatkan citra budaya Indonesia dan masyarakatnya yang berbilang kaum. Ini termasuk paparan kegilaan orang Indonesia kepada bola sepak.

Anda boleh saksikan video promosi yang menarik itu di sini:

Indonesia dikenali sebagai negara yang sangat besar pengikut sukan bola sepak. Mereka seringkali menganjurkan acara bola sepak serantau.

Harapan mereka sekarang adalah menganjurkan Pildun B-20 yang menjadi kejohanan penting kepada para pemain belia seluruh dunia.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.