Imbas Kembali Detik Scholes Hayun Penumbuk Ke Muka Alonso

Pertemuan antara Liverpool dan Manchester United sememangnya perlawanan yang panas dan banyak insiden yang pernah terjadi dalam beberapa tahun sebelum ini.

Kad kuning, kad merah, kontroversi, pergaduhan dan pelbagai lagi insiden yang pernah berlaku dalam pertemuan antara kedua-dua pasukan seteru itu.

Namun, antara insiden kad merah yang paling tidak boleh dilupakan pastinya ketika Paul Scholes cuba untuk hayun penumbuk ke muka Xabi Alonso pada tahun 2007 lalu.

Paul Scholes dilayangkan kad merah pada penghujung masa sebenar perlawanan pada ketika itu selepas beliau emosi dan melayangkan penumbuk ke arah muka Alonso.

Mujur saja beliau ketika itu hanya menumbuk angin sahaja dan sama sekali tidak mengenai muka Alonso, (kalau kena tu ke Hospital terus rasanya legenda Liverpool tu.)

Ekoran dari kegagalan beliau mengawal emosinya itu, Paul Scholes terpaksa meninggalkan padang dengan perlawanan pada ketika itu tinggal empat minit sahaja lagi untuk tamat.

Walau beraksi kekurangan seorang pemain pada minit-minit akhir permainan, United masih mampu untuk merobek gawang gol Liverpool pada minit ke-90 permainan menerusi John O’Shea.

Pertemuan Liverpool dan United sememangnya boleh dianggap derby paling panas dan menarik dalam kancah bola sepak Inggeris.

Nemanja Vidic pernah dilayangkan empat kad merah ketika bertemu pasukan dari Merseyside dan kad merah Gerrard mengasari Herrera juga kekal segar dalam ingatan peminat hingga hari ini.

Dan tidak lupa juga ketika Gary Neville pernah didenda £10,000 oleh pihak FA selepas beliau melakukan keraian kontroversi di hadapan penyokong lawan di Old Trafford pada tahun 2006.

Para peminat pastinya sangat berharap derby pada kali ini bakal menyajikan aksi persembahan mantap dan menarik untuk disaksikan.

Adakah Liverpool bakal memintas Manchester United di puncak saingan liga seterusnya memusnahkan rekod tidak pernah kalah di halaman lawan mereka, atau setan merah bakal terus terajui saingan liga dan melenyapkan rekod tidak pernah kalah the reds di Anfield sejak 2017 lalu.

Sama-sama kita saksikan keputusannya dalam perlawanan antara Manchester United bertemu Liverpool lewat malam nanti.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.