‘Saya tidak akan kembali lagi ke ring lagi’, demikianlah kata-kata legenda dan ikon gusti WWE iaitu Hul Hogan. Beliau menyatakan perkara itu dalam rancangan The Steve Austin Show.
Hulk Hogan sudah lama meninggalkan lapangan WWE kerana beberapa siri kecederaan. Namun ada beberapa laporan sebelum ini menyatakan beliau mungkin akan kembali bertarung semula.
Hulk Hogan menegaskan beliau berhadapan dengan isu kecederaan berulang. Dan kini beliau tidak boleh melakukan aktiviti fizikal yang berat apatah lagi mahu bergusti. Dalam tempoh sedekad ini, Hulk Hogan sudah menjalani beberapa siri pembedahan. Hulk Hogan mendedahkakan lutut kanan dan kirinya sudah 4 kali dibedah dan diganti.
Namun begitu, perkara yang paling merisaukan Hulk Hogan bukannya lututnya itu, tetapi tulang belakang yang merupakan elemen penting dalam saraf tunjang. Beliau telah melalui 9 pembedahan yang berkaitan dengan sakit di bahagian belakang.

Oleh yang demikian, Hulk Hogan yang merupakan salah satu nama yang terpahat di WWE Hall of Fame menegaskan, kesemua perkara itu sudah cukup untuk menjelaskan bahawa mustahil untuk beliau kembali semula ke arena WWE
“Saya sudah katakan saya nampak sangat ‘cool’ (sihat), dan saya tidak akan bergusti lagi. Lebih baik rasanya tidak bergusti berbanding menjadi si tua yang sakit belakang ini ditendang oleh lawan di dalam gelanggang. Tidak lama lagi saya akan berusia 66 tahun.”
Hogan masih lagi aktif ke gym cuma bebanan berat untuk beliau angkat adalah jauh lebih ringan. Beliau juga menegaskan cintanya kepada WWE tak akan padam. Beliau akan sentiasa aktif untuk aktivit bukan gusti ataupun di luar ring.