Penjaga gol merangkap kapten Tottenham Hotspur, Hugo Lloris, menyatakan bahawa beliau seolah-olah tidak percaya VAR membatalkan gol Gabriel Jesus.
Perlawanan di antara Manchester City dan Tottenham Hotspur dilihat hampir berkesudahan dengan kekalahan Spurs 2-3 di tangan Manchester City.
Ini selepas, Gabriel Jesus menjaringkan gol pada minit ke-90+2, masa kecederaan. Seluruh stadium Etihad sudahpun meraikan gol tersebut. Jesus sudah meraikan gol dengan tarian khas.
https://twitter.com/Alter_Nav/status/1162793449776656384?s=19
Hugo Lloris sendiri sudah berkira-kira bahawa pasukannya akan pulang dengan tangan kosong.
Tidak disangka-sangka, cempedak menjadi nangka, VAR telah membatalkan gol itu kerana bola terlebih dahulu terkena tangan Aymeric Laporte.

Gabriel Jesus sangat kecewa dengan keputusan itu. Beliau berkali kali membantah keputusan pengadil.
Bercakap kepada BBC, Lloris berkata: “Sejujurnya saya sudah fikir itu adalah gol. Agak malang bagi City. Sesiapa pun memiliki interpretasi yang berbeza saat itu. Tetapi kami sangat gembira dengan keputusan VAR itu.”
“Saya melihat ke arah layar dan mendapati ada handball yang memberikan kami kelegaan dan malang untuk Manchester City.”
“Tetapi ada banyak lagi perlawanan pada musim. Cuma ketika ini kami hanya perlu menikmati momen ini.”
Agak ironi, ini merupakan kali kedua berturut-turut VAR membatalkan gol penting Manchester City menentang Spurs.
17th April:
— Squawka News (@SquawkaNews) August 17, 2019
Raheem Sterling's goal is disallowed against Tottenham because of VAR.
17th August:
Gabriel Jesus' goal is disallowed against Tottenham because of VAR.
It's happened again. pic.twitter.com/RNmicVGkJQ