Hubungan Dengan Guardiola Bukan Baik Sangat, Komen Ini Buat City Risau Messi Pilih Man Utd

Lionel Messi seakan-akan sudah meletakkan hatinya kepada Manchester City – namun pemain Argentina itu dikatakan lebih berminat untuk menyertai sebuah kelab yang mempunyai sejarah panjang seperti Manchester United.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali itu kini terdesak untuk meninggalkan Barcelona, sekaligus membuka potensi untuk bergabung semula dengan bekas pengurus, Pep Guardiola.

Namun satu sumber dari The Athletic mendedahkan Messi sebelum ini pernah berkata lebih berminat menyertai kelab yang mempunyai sejarah dan tradisi panjang seperti Manchester United jika mahukan cabaran baharu.

Berbanding United, majoriti kejayaan yang dicipta adalah dalam tempoh 10 tahun terakhir ini, manakala United pula sememangnya sebuah kelab bola sepak yang mempunyai kekuatan dan tarikan secara global sejak sekian lama.

Sumber yang sama turut mendedahkan pemain berusia 33 tahun itu pernah berbicara kepada bekas rakan sepasukan, Cesc Fabregas mengenai peluang beraksi bersama kelab di London.

Pendedahan Fabregas

Fabregas pernah beraksi bersama dua kelab London – Arsenal dan kemudian Chelsea – selepas dua kali meninggalkan Barcelona.

“Saya sentiasa berpendapat dia [Messi] juga mahukan pengalaman bermain di luar [Sepanyol],” kata Fabregas.

“Perkara yang lebih mengejutkan dari Messi menyertai City ialah hakikat semua orang gembira melihat beliau akan bergandingan semula dengan Pep [Guardiola].

“Hubungan pemain dengan Guardiola sejak beberapa musim di Barcelona sebenarnya sangat tegang, dan Guardiola bukannya pengurus yang rapat dengan pemain.

“Ini buka Leo yang kita kenal. Leo dan Pep tidak mempunyai masalah secara terus. Tetapi musim terakhir di Barcelona menggambarkan hubungan pemain dengan pengurus menjadi amat rapuh.

“Lihatlah pemain yang Guardiola bawa masuk di Bayern dan City. Anda tidak akan menemui pemain-pemain dari Barca [yang pernah beliau latih]. Hubungan Guardiola dengan pemain Barca sudah lama terputus.

Hakikat Messi

“Namun masa mungkin mengubah perkara ini. Messi tidak bodoh. Dia tahu tempoh terbaiknya sebagai pemain ialah ketika di bawah kendalian Guardiola.

“Jadi Messi mungkin berpendapat beliau perlukan Guardiola untuk menjadikan dirinya pemain terbaik.

Ayah kepada Messi, Jorge tiba di Barcelona semalam dan akan mengadakan pertemuan dengan presiden kelab, Josep Maria Bortomeu untuk berbincang mengenai masa depan Messi di Barcelona.

Ditanya oleh Deportes Cuatro mengenai masa depan anaknya di Barcelona, ini jawapan ayah Messi:

“Masa depan di Barca, sukar, sukar. Ianya sukar untuk Messi terus kekal di sini.

Dan mengenai masa depan Messi bersama City: “Saya tidah tahu. Tiada apa-apa [tawaran] setakat ini.”

“Saya tidak pernah bercakap dengan Pep. Tidak, tidak dengan sesiapa.”

Adakah benar Messi berminat untuk berhijrah ke Etihad?

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.