Houssem Aouar Menarik Diri Dari Menyertai Arsenal

Pemain sasaran Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini, Houssem Aouar telah menarik diri dari menyertai the Gunners.

Houssem Aouar sebelum ini menyatakan bahawa beliau sangat berminat untuk menyertai pasukan yang beraksi di pentas Liga Juara-juara.

Sebelum ini juga, akhbar tempatan Perancis, L’Equipe mendakwa bahawa pemain midfield Lyon itu sangat terbuka untuk menyertai Arsenal.

Walau bagaimanapun, terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa pemain berusia 22 tahun itu lebih berminat untuk menyertai pasukan gergasi Eropah yang bermain di pentas Liga Juara-juara.

Menurut laporan sama juga, Juventus dan Manchester City merupakan dua kelab yang sangat diimpikan oleh Houssem Aouar.

Arsenal dipercayai sudah membida Houssem Aouar dengan nilai £33 juta, akan tetapi Lyon menolak tawaran tersebut dan meminta £44 juta untuk pemain kebangsaan Perancis itu.

Houssem Aouar pertama kalinya dipanggil untuk menyertai skuad seniur Perancis pada bulan Ogos yang lalu.

Lyon mahu menjual Houssem Aouar dengan nilai £44 juta kerana mereka sangat memerlukan dana pada jendela perpindahan ini.

Central midfield merupakan posisi yang paling diperlukan oleh skuad kendalian Mikel Arteta sekarang yang mana posisi tersebut merupakan masalah utama kelab sekarang.

Bahagian central midfield harus diperkuatkan sekiranya mereka mahu menambah baik skuad sedia ada sejak dari di uruskan oleh pengurus dari Sepanyol itu pada Disember lalu.

Arsenal turut dikaitkan dengan pemain midfield Atletico Madrid, Thomas Partey. Dengan aksi cemerlang yang beliau pamerkan, Atletico telah meletakkan tanda harga £45 juta untuk pemain tersebut.

Namun ianya agak menarik untuk melihat adakah Arsenal sanggup untuk mengeluarkan dana lebih dari £40 juta untuk setiap seorang pemain Houssem Aouar dan Thomas Partey.

Peminat Arsenal memberi pelbagai reaksi selepas mengatahui berita bahawa Aouar menarik diri dari menyertai Gunners.

Mereka juga beranggapan bahawa Houssem Aouar menarik diri dari menyertai Arsenal kerana sudah berminat dengan tawaran lumayan yang lain.

Tetapi setidaknya jelas pemain itu menyasarkan untuk pergi lebih jauh dalam kariernya berbanding menerima gaji tinggi dan tiket penerbangan ke London.

Arsenal hujung minggu lalu berkunjung ke Anfield bertemu Liverpool untuk perlawanan saingan liga dan sayangnya mereka tewas 1-3 kepada Juara bertahan premier league itu.

Bahagian tengah dan serangan Arsenal dilihat sangat bermasalah dan tidak mampu untuk berfungsi dengan baik dalam perlawanan tersebut.

Jadi keputusan Mikel Arteta untuk menandatangani pemain di posisi midfield untuk memperkuat skuad sedia ada adalah keputusan yang tepat.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.