Honda Sedia Tawarkan Marc Marquez Kontrak Lumayan

Honda kini sedang berunding dengan juar MotoGP enam kali Marc Marquez untuk kontrak baru.

Kontrak semasa Marc Marquez akan berkahir pada musim hadapan. Honda dilaporkan mahu menawarkan kontrak baru sehingga 2022 kepada pelumba dari Sepanyol itu.

Perbincangan di antara kedua-dua pihak sudah berlaku sejak beberapa bulan lalu. Honda dilaporkan yakin bahawa pelumba itu akan melanjutkan kontrak dengan mereka tanpa sebarang masalah.

Pengurus Team Honda, Alberto Puig menegaskan: “Dari pihak kami, sudah pasti kami akan cuba sedaya upaya mahu mengekalkan beliau dan mahu memastikan Marc sentiasa menganggap Honda adalah rumahnya, dan tidak terfikir untuk keluar.”

Presiden Honda, Yoshihige Nomura juga sudah bercakap secara 4 mata dengan Marc Marquez ketika di GP Austria pada Ogos lalu.

Marquez menjadi juara dunia 2019 selepas kejayaan di Thailand menewaskan pencabar terdekat beliau Andrea Dovizioso.

Marquez memintas Fabio Quartararo pada pusingan terakhir perlumbaan.

Honda masih lagi menunggu tandatangan Marquez di atas kertas kontrak baru. Kontrak semasa yang beliau tandatangani sebelum ini adalah bernilai €14 juta semusim.

Pastinya angka itu akan lebih tinggi dalam kontrak baru beliau. Laporan menyebut Honda memulakan perbincangan dengan angka €15 juta semusim. Ianya peningkatan €1 juta daripada kontrak sebelum ini.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.