UFC 219 adalah pertemuan yang mempertaruhkan tali pinggang kejuaraan Ultimate Fighting Championship (UFC) Featherweight. Ianya menemukan Cris Justino berhadapan dengan Holly Holm – The Preacher Daughter.
Ia adalah pertarungan besar dalam MMA untuk mengakhiri kalendar 2017, dijadualkan pada 30 Disember 209 di T-Mobile Arena, Las Vegas.
Acara lain yang akan dilangsungkan pada malam pertarungan utama di antara Justino vs Holm adalah”
– Khabib Nurmagomedov vs. Edson Barboza
– Jimmie Rivera vs. John Lineker
– Cynthia Calvillo vs. Carla Esparza
– Carlos Condit vs. Neil Magny
– Dan Hooker vs. Marc Diakiese
– Kamaru Usman vs. Emil Weber Meek
– Louis Smolka vs. Matheus Nicolau
– Myles Jury vs. Rick Glenn
– Marvin Vettori vs. Omari Akhmedov
– Khalil Rountree vs. Michal Oleksiejczuk
Berikut adalah senarai kalendar acara utama UFC pada Disember
Pada awalnya pertarungan ini hampir tidak dapat direalisasikan selepas beberapa kekangan pada kem Holm. Tetapi mereka berjaya juga memastikan ianya akan berjalan dan persetujuan dicapai pada pertengahan November yang lalu.
Justino dianggap petinju UFC wanita terbaik buat masa ini dengan rekod 18-1, membuatkan peminat MMA tertanya-tanya, siapakah yang mampu menewaskan Justino ketika ini?
Hanya Tonya Evinger sahaja yang pernah menewaskan beliau dalam dengan TKO pada pusingan ke-3 dalam pertempuran UFC 214. Beliau memiliki rekod tanpa kalah yang luar biasa sejak 2005.
Lawan beliau adalah Holly Holm yang kali terakhir muncul dalam ring pada Jun lalu. Beliau tewas di tangan Bethe Correia. Rekod terbaik Holm sudah pastilah detik menewaskan Ronda Rousey dengan KO dalam pertarungan UFC 193.

Soalan yang sama diutarakan ketika Rousey dalam prestasi terbaik ketika itu. Ada tak orang yang mampu tewaskan Ronda Rousey?
Holm yang sudah berusia 36 tahun merupakan bekas petinju dan juga bekas atlet kickboxing sebelum bertukar kepada UFC pada 2012.
Kejayaan Holly Holm ini pernah menjadi inspirasi kepada Justino. Beliau pernah bertemu dan bercakap dengan Holm sambil memberikan penghormatan beliau kepada kejayaan luar biasa petinju tersebut.
Beliau memiliki rekod kemenangan ke atas beberapa superstar lain termasuk Marion Reneau dan Raquel Pennington.
Namun begitu, Holm terpaksa menarik diri daripada pertarungan menentang Amanda Nunes kerana kecederaan. Holm sebelum ini tewas dalam keadaan agak kontroversi di tangan Germaine de Randamie dalam pertarungan UFC 208.
Namun selepas itu Germaine de Randamie telah memutuskan untuk tidak mempertahankan kejuaraan beliau ketika dijadualkan bertemu dengan Cyborg. Jadi tali pinggang kejuaraan diserahkan kepada Justino.
Beberapa hari lalu, Cris Justino memberitahu TMZ yang beliau menerbangkan legenda Cecilia Braekhus untuk menjadi rakan sparring beliau di pusat latihan.
Ini menunjukkan betapa seriusnya beliau mahu menewaskan Holly Holm dalam pertarungan tersebut.
Pertarungan Justino dan Holm dijangka akan dapat menarik ramai tontonan kerana kedua-duanya memiliki ramai peminat. Di twitter, kedua-dua kem sudah melancarkan perang saraf di antara satu sama lain.
Siapa akan menang? Mampukan Holly Holm yang dikenali sebagai big game player akan menang ke atas Cyborg?