Hoki: GBR Ranapkan Impian Malaysia Untuk Ke Olimpik 2020

Impian skuad hoki negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas 20 tahun akhirnya terkubur. Kali terakhir skuad hoki Malaysia mara ke sukan Olimpik adalah pada tahun 2000 ketika Olimpik Sydney.

Dalam temasya di Sydney itu, Malaysia menamatkan saingan di tangga ke-11 daripada 12 pasukan yang bertanding.

Dalam aksi play off kedua, pasukan hoki kebangsaan kita tewas 5-2 di tangan Great Britain yang berlangsung di Lee Valley Hockey & Tennis Centre, London.

Malaysia gagal untuk menyempurnakan tugasan mesti menang dengan margin gol yang besar.

Secara agregat, GBR mara dengan kemenangan 9-3 selepas aksi pertama Malaysia tewas 1-4.

GBR memulakan perlawanan dengan mendapat penalti kontroversi. Selepas rujukan video, penalti tetap diberikan dan disempurnakan oleh Alan Forsyth menewaskan S.Kumar.

Tidak lama selepas itu, giliran Sam Ward menggandakan gol untuk Great Britain.

Malaysia merapatkan jurang menerusi pemain sensasi Mohd Fitri Saari menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-24.

Namun begitu, Ward sekali lagi menambah gol untuk pasukan lawan, juga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-31.

Malaysia memproleh pukulan sudut penalti kedua. Namun gagal disempurnakan.

Malaysia mencuba sedaya upaya untuk menghidupkan semula impian mustahil.

Muhammad Razie Abdul Rahim merapatkan jurang pada minit ke-40.

Forsyth melengkapkan hatrik beliau pada mint ke-65 untuk menabur garam pada luka Harimau Malaysia.

Malaysia terpaksa akur bahawa ianya masih belum cukup bagus untuk kita bersaing di peringkat olimpik.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.