Manchester City telah disingkirkan di peringkat suku akhir UEFA Champions League apabila tewas 3-1 kepada Lyon pada pagi tadi.
Keputusan tersebut adalah kejutan kedua dalam pertandingan ini dalam tempoh beberapa hari setelah Barcelona dibelasah 8-2 oleh Bayern Munich sehari sebelumnya.
2016-17: Round of 16
2017-18: Quarter-final
2018-19: Quarter-final
2019-20: Quarter-finalPep Guardiola is yet to make a Champions League semi-final as Man City manager. #UCL pic.twitter.com/SQmLwyvc0B
— Squawka Football (@Squawka) August 15, 2020
Skuad Pep Guardiola mengelak untuk menerima nasib yang sama menimpa Juventus yang dikejutkan oleh Lyon di pusingan 16 pasukan terbaik.
Namun City mulai ketinggalan 1-0 selepas Maxwell Cornet menjaringkan gol pada minit ke-24 setelah Lyon cuba mengancam dengan beberapa percubaan tepat sebelum itu.
Man City 0-1 OL HT:
⚽️ Cornet
Rudi Garcia's side are 45 minutes away from another upset. #UCL pic.twitter.com/ZzdK8co00b
— Squawka News (@SquawkaNews) August 15, 2020
Babak kedua perlawanan skuad kendalian Guardiola mulai memberikan tekanan kepada anak buah Rudi Garcia sepanjang 25 minit pertama.
Beberapa perubahan turut dilakukan oleh Guardiola dalam usaha City mencari gol penyamaan. Riyad Mahrez dimasukkan untuk Fernandinho, dan Kevid de Bruyne diarahkan untuk bermain lebih ke tengah.
Usaha itu tampak berhasil apabil De Bruyne berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-69 perlawanan.
Manchester City's only shots in the second half so far: two Kevin De Bruyne free-kicks. #UCL pic.twitter.com/03uHKzByTI
— Squawka Football (@Squawka) August 15, 2020
Anda silap jika menjangkakan City akan menang mudah perlawanan ini selepas gol penyamaan tersebut. Sebaliknya Lyon yang tidak akan beraksi di pertandingan ini pada musim hadapan kerana gagal layak sekali lagi berada di hadapan.
Bola dihantar kepada Karl Toko Ekambi dalam satu gerakan serangan balas oleh Lyon. Pemain itu berada di dalam kedudukan offside, namun tidak menyentuh bola dan dengan bijak membiarkan bola lolos di celah kakinya.
Raheem Sterling attempted three shots against OL, producing a total Expected Goals value of 1.2.
Two were blocked, but there was that one miss. 😫 pic.twitter.com/MxAU3ieyih
— Squawka Football (@Squawka) August 15, 2020
Ia memberi peluang untuk Moussa Dembele mendapatkan bola tatkala pemain City begitu perlahan untuk menyedari apa yang berlaku.
Tatkala pemain City menjangkakan offside akan diberikan, Dembele menewaskan Ederson di hadapan gawang City untuk kedudukan 2-1.
Raheem Sterling kemudiannya memilki peluang terbaik untuk menjadikan kedudukan 2-2 ketika perlawanan masa sebenar berbaki empat minit, namun pemain sayap England itu menyepak tinggi bola melepasi gawang.
59 saat selepas kegagalan Sterling, impian City untuk mara ke separuh akhir Champions League buat kali pertama terus luruh apabila Dembele menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini, selepas kesilapan oleh Ederson.
86': Raheem Sterling misses an incredible chance
87': Moussa Dembélé scores againMan City 1-3 OL. #UCL pic.twitter.com/SyysHeMaWD
— Squawka News (@SquawkaNews) August 15, 2020
Kekalahan tersebut adalah satu lagi kekecewaan buat Guardiola dan City yang turut gagal mencabar Liverpool di saingan liga pada musim ini.
Lyon akan berhadapan dengan Bayern Munich di separuh akhir pada pagi Khamis, manakala PSG dan RB Leipzig akan beraksi lebih awal pada pagi Rabu waktu Malaysia.
Kesebelasan utama
Man City XI: Ederson; Walker, E.García, Laporte, Cancelo; Fernandinho, Rodri, Gündoğan; De Bruyne, Sterling, Jesus.
OL XI: Lopes; Marçal, Denayer, Marcelo; Dubois, Caqueret, Bruno Guimarães, Aouar, Cornet; Depay, Ekambi.